Berkesan ke ubat tinggi ni ?

by - Jumaat, Julai 10, 2020


Lepas workout semalam , aku terus gi cuci kereta. Lama si Bezza ni tak bermandi di tempat berbayar. Asyik basuh sendiri jer.. Hehehhe... Sesampainya aku di situ , terus aku turun dan pekerja pekerja tu tengok aku.. macam tengok awek cun je lagaknya.

Ah, sudah.. Takkan gambar aku viral sampai kat diorang ? Maklumlah , gambar gambar aku yang aku post di Instagram , ada je 'unta' kutip pastu post kat Twitter. Tu pun ada orang yang bagitau aku. Letih nak layan. Aku terpaksa gak post sebab dah memang aku 'cari makan' dalam media sosial. Kalau tak post , camana orang nak tau apa aktiviti aku , kan ? 

Aku senyum je la. Segan pun ada.. Pastu salah seorang tu bersuara. Intonasi dia macam bunyi Kelantan tapi banyak butir aku tak dapat tangkap.. Ke Acheh ? Hurm.. tak kisah la.. Janji korang basuh bersih bersih dah la.. dan cepat naa... nak berkejar balik rumah lak. Anak anak ajak gi makan Mee Tarik Warisan. Diorang dah suka benar makan situ. 

Pastu ada sorang tu bersuara.. 

" Besar la badan abe... Gi gym ke ? " tanya dia.

" Aah.. suka suka jer. Takda apa nak buat.. " jawab aku sambil lemparkan senyuman. 

" Bang, kalau saya nak tinggi , boleh tak ? " tanya sorang lagi. 

Aku cam.. WHAT ??? 

"Saya ni pendek je ni. Nak tinggi skit lagi.." sambung dia. 

Alahai sedihnya dengar.. Aku senyum.. 

" Nak tinggi tu , saya tak tau la caranya camana. Tapi kalau saya dulu , masa kecik kecik , rajin la bergayut. Entah jadi ke tak , tak tau la.. tapi saya la paling tinggi di antara adik beradik. Kat Facebook tu ada jual ubat tinggi. Tak pasti berkesan ke tak... Cuba la cari dan baca.. " jawab aku.

Kemudian aku terfikir.. Betul ke ubat tinggi tu boleh kasi tinggi ? Kalau tak boleh atau scam perubatan , apasal tiada tindakan terhadap pengeluar ? Kenapa je dibiarkan je dijual secara terbuka. Bukan apa, kat Malaysia ni.. macam macam ubat ada. Semua claim kata lepas KKM. Bila berlaku kes kematian dek kerana ubat , barulah macam ada tindakan gitu. Apakah tiada pantauan atau tunggu ada laporan baru ada tindakan ? 


Aku google.. Ada satu isu panas pada beberapa tahun lepas... Memang boleh tahan gak la panas. Kes pasal satu selebriti ni promote produk kasi tinggi. Kena kecam kaw kaw punya ! Hahahaa.. Kemudian ada bijak pandai sudah hentam dia secara terbuka. Dan keluar di akbar online.. 


 Menurut satu kiriman pada Jun 2016 berkenaan isu sama, pakar ortopedik Dr Mahyuddin Mohamed menerusi laman Facebook, Tinta Mahyuddin pernah mengetengah keberkesanan ubat tinggi.

“Anda ditipu hidup-hidup. Ini mitos. Jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian tidak akan berlaku lagi. Apatah lagi produk ini mendakwa boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15cm. WoW! Tingginya saya nanti!” tulis beliau.

Pesannya, jika ada individu dan syarikat menjual suplemen mahu mendakwa sesuatu, biar ada dasar ilmunya.

Bukan itu sahaja, beliau juga berkongsi anggaran ketinggian kita atau anak berdasarkan asas ilmu.

“Ketinggian maksimum yang kita boleh capai boleh dianggarkan melalui 3 kaedah, kaedah umur 2 tahun x 2; kaedah carta ketinggian serta kaedah potensi ketinggian genetik,” kata beliau yang turut berkongsi panduan pengiraan anggaran itu.

Memberi respons kepada iklan yang “diperagakan” Neelofa baru-baru ini, seorang lagi pegawai perubatan kanan, Dr Rusyainie Ramli tampil dengan kiriman berikut.

“Neelofa dah macam tersilap langkah. Dia promosikan produk nak tinggi. Aduh. Ni macam Neelofa tak pernah belajar sains pula,” tulis beliau.

Kenyataan yang aku amik dari FMT. Hurm...  Si mamat tu masih bertanya pada aku. Dia siap tunjuk demo lagi kat aku masa cuci kereta. 

" Tengok ni bang.. Nak lap bumbung pun tak sampai.  Sebab tu nak tinggi .. " katanya. 

Tergelak kecil aku.  " Tak pe... Bersyukur. Bukannya rendah mana pun. Cuma tak tinggi sangat je. Janji comel... " kata aku. 

Dan siap kereta aku. Puashati la.. Beza dengan aku basuh ! Hahahahah... Nampaknya malam ni kena antar Livina aku lak. Kasi cun itu Livina. 

Gitulah manusia. Cam aku... asyik dok tengok cermin... 

" Bila la nak cun badan aku ni ! Gi gym ari ari dah.. " getus hati aku. 



You May Also Like

7 comments

  1. Kalau boleh tinggi xde lah orang pendek kan. Huhuhu!

    BalasPadam
  2. Alaaa kesiannya.. redha sajooo

    BalasPadam
  3. Ad iklan kt tv pasal jangan biarkan anak terbantut tumbesaran dengan makan makanan xberkhasiat, so boleh suggest makan makanan berkhasiat lepas ni. Hehe

    BalasPadam
  4. Hahaha tu la.. Takleh caya ubat tinghi la.. Apela

    BalasPadam
  5. So yg dye tunjuk gambar chat kate customer dye dpt gain height tu scam eh

    BalasPadam
  6. So yg dye tunjuk gambar chat kate customer dye dpt gain height tu scam eh

    BalasPadam