Peningkatan kes Covid 19 , kenapa perlu tuding pada rakyat tempatan ?

by - Selasa, Julai 21, 2020

Terkejut dengan peningkatan kes Covid 19 dalam beberapa hari ni. Ramai mula menuding jari. Sana sini dikatakan tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan. Apakah ini punca kepada penularan kes kes terbaru ?

Sejujurnya aku sendiri pun kekadang terlupa nak pakai face mask dan bersalaman dengan kenalan rapat. Tapi aku tidak lupa guna hand sanitezer selepas bersalaman. Sebagai pencegahan. Bab face mask tu, aku amalkan penjarakan terutama dengan orang yang tidak aku kenali.

Tapi kes Covid 19 ni meningkat ? Jom tengok punca punca kes ini semalam.. 

Hurm.. 1 kluster Rumah Warga Emas Kluang yang membawa kepada 13 kes ! Banyak kes melibatkan bukan warga negara. Hurm... Apa yang perlu dilakukan ? Aku rasa Perdana Menteri semalam pun dah nyatakan tindakan mengkuarantinkan semula mereka yang pulang dari luar negara memandangkan ada kes pentingkan diri telah berlaku. INI SANGAT MERBAHAYA ! SATU BUAT TAIK, SEMUA TERPALIT ! Jangan dek kerana nak jaga satu dua hati , berpuluh juta punya hati jadi mangsa !! 

Aku harap kerajaan menimbang semula tindakan mengkuarantinkan mereka yang baru pulang dari luar negara ni di satu lokasi khas.  Demi untuk kebaikan negara terutamanya. Cukup cukuplah rugi berbilion. Rakyat yang meniaga sendiri pun dah ramai tutup kedai ! Sekali lagi PKP , akan membuatkan ramai lagi terkesan...termasuklah aku sendiri ! 




Kemudian aku nampak ramai warga asing yang merayau sana sini. Apakah mereka ini punya permit atau sudah pun memiliki MyCard ? Cakap Bahasa Melayu pun tunggang langgang ! Mereka ini juga punca kepada beberap kewujudan kes kes Covid 19 yang terbaru. Harap pihak bertanggungjawab lebih tegas dan keras dalam menjalankan tugas mereka.

Edit Terkini :


You May Also Like

1 comments

  1. Sama sama kita patuhi SOP yang telah ditetapkan. Kalau masing2 keras kepala sangat susah2 sgt tangkap jer la masuk penjara biar rasa .. Aduhlaaa macam macam hal.

    BalasPadam