Korang berminat tak nak menjadi usahawan tanpa modal bersama D'Aura ?

by - Ahad, Julai 26, 2020

Tak pernah aku hadiri mana mana majlis dan memberikan tumpuan terhadap majlis tu ! Ini pertama kali , aku hadiri majlis dan tertarik sangat dengan isi kandungan di majlis ni. Walaupun santai dan sederhana tapi apa yang mereka nak sampaikan pada hadirin , sangat bermanfaat terutama sekali mengenai berkongsi pendapatan keuntungan ! Fuh.. menarik , tertarik... da bomm !  Hee.. 

Bab duit.. sapa tak tertarik kan ? Lebih lebih lagi sejak PKP ni , masing masing mula memasang pelbagai pelan perancangan untuk teruskan kehidupan. Masing masing baru sedar akan kerjaya yang mereka ada sekarang , bila bila masa boleh hilang. Maka.... sediakan pelbagai pelan andai ianya berlaku sekali lagi, korang tak tepuk dahi dah. 

Ok.. di Oasis Ara Damansara pagi tadi ( 26/7/2020) , aku dan beberapa rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari hadiri majlis Auraprenur Meet & Greet Introduce/ Present D'Aura Ambassador anjuran D'Aura. Masing masing hadir dengan satu perasaan ingin tahu.. Apakah yang tarikan kali ini? 

Selepas daftar diri , aku diberikan cenderahati . Seperti dijangka, aku terima produk VCO dalam dua bentuk iaitu softgel dan cecair.. Tiba tiba aku teringat akan satu perbualan aku dengan seorang rakan ketika di Tioman baru baru ni. Sahabat tu dah pun berusia 60 an tetapi tidak sama sekali kelihatan seperti usianya ! Cergas dan segak orangnya ! Bila aku tanya apa rahsianya.. dia kata amalkan pengambilan makanan semulajadi seperi minyak ikan , minyak zaitun dan minyak kelapa dara ! Nahhh... Tu dia !! 

Dua produk ni , D'Aura Softgel dan D'Aura Gold adalah produk yang memang dah dapat sambutan hangat lebih lebih lagi ketika awal  PKP baru baru ni. Dan sebelum tu, D'Aura menjadi pilihan ibu-ibu mengandung di Brunei , Singapura dan juga negara kita sendiri. Memang dah lama dah popular.. Maklumlah , dari tahun 2012 lagi dah mula naik.. 







Ok.. Teruskan cerita.. Hehehe.. Di majlis ni , ada 3 kandungan. Yang pertama , pengenalan Hidayah Bakar sebagai Duta D'Aura. Aku rasa dia memang layak sebab tengok dia pun merendah diri terutama ketika berbicara. Takda riak angkuh atau sombong pun. Sangat sesuai sekali dengan D'Aura. 

Rezeki anak gitu.. Alhamdulillah. Tahniah Dayah.




Kemudian Dayah Bakar memperkenalkan produk baru yang mana dia sendiri bakal gunakan.. maklumlah , bakal melahirkan cahaya mata  pertamanya tidak lama lagi. Dua produk itu ialah Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO)  dan Set Bersalin D'Aura.

AVCO boleh digunakan untuk sapuan pada luaran seperti pada kulit dan rambut. Kaya dengan antioksidan dan berlainan dari berbau harum. Untuk pengetahuan , haruman dari AVCO bukanlah dari bahan campuran kimia tetapi dari ekstrak tumbuhan. Maka ianya selamat untuk digunakan. Hanya sapu , dan tak sampai 10 saat.. AVCO akan meresap dalam kulit dan yang tinggal adalah bau harum. Menarik kan ? Hehehe..



Untuk pengetahuan. AVCO juga boleh bertindak sebagai Double Cleanser  yang mana akan memastikan segala kotoran pada muka dibersihkan dengan sempurna serta membuang kotoran yang menyumbat pori  seperti lebihan minyak dari sunscreen , lebihan solekan dan peluh. Terdapat dua haruman iaitu Floral Fresh dan Morning Dew. Harga baru RM21.90 jer.



Dan yang kandungan ketiga majlis ini ialah Program Aurapreneur ! Kalau korang nak jadi usahawan tapi takda modal atau nak belajar meniaga , nah.. ini masanya ! Mereka bersedia untuk menurunkan ilmu serta berkongsi pendapatan dengan cara menjadi usahawan ! Mereka akan sediakan modal dan sebagainya.. tapi ! Haaa.. bersyarat. Kalau nak tau dengan lebih lanjut , korang kena tanya sendiri ! Mereka dah buat program usahawan ni lama dah. Cuma kali ni nak war warkan sebab ramai hilang punca pendapatan sejak PKP ni. Ini cara mereka 'bersedekah'. Alhamdulillah.. 

Boleh hubungi 019 9999 256


Untuk maklumat lanjut :

Web : www.daura.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/daura_hq/
Link Tree : https://linktr.ee/daurahq

You May Also Like

5 comments

  1. Kan, tertarik jugak pasal sumber pendapatan tu hihi, tapi vco memang bagus sebab takde campuran apa-apa.

    BalasPadam
  2. Menarik ni. Jadi usahawan tanpa modal! Siapa yang minat berniaga kena join. Moga dapat membantu memulihkan ekonomi kembali..

    BalasPadam
  3. Satu peluang yang menarik untuk jana pendapatan

    BalasPadam
  4. VCO ni memang bagus....
    Rugi tak rebut peluang jadi usahawan tanpa modal ni....

    BalasPadam