Andai aku pergi dulu..

by - Selasa, Julai 14, 2020

Jam 3.55 pagi , hari Selasa.

Aku masih tak dapat tidur. Yang lain , dah selamat beradu. Aku tatap wajah anak anak ku.. seorang demi seorang. Sudah besar semua. Masing masing aku jaga sejak hari pertama kelahiran mereka. Malah ketika di dalam perut ibu mereka , aku dah 'lindungi' mereka. Berikan yang terbaik.. semampu aku.

Sekarang , masing masing dah berusia 8, 6 dan 4 tahun. Dah berakal cuma belum matang. Dah boleh guna akal cuma belum bijak. Masih perlukan perhatian. Tapi yang pasti , mereka sudah bertutur dengan jujur. 

Ketika ini.. apa saja yang kita lakukan , mereka akan pandang dan hadam. Cuma belum mampu fikir baik buruknya lagi. Yeah... Qhaliff terutamanya. Ketika ini, dia terasa seperti diketepikan. Adik adiknya menjadi keutamaan... sangkanya. Dan aku pulak , sering menyuruhnya buat begitu begini. Malah dia selalu yang kena beralah. 

Dia selalu melamparkan pandangan seolah olah ada sesuatu di dalam hatinya. Dia tak berani meluahkan pada aku tapi pada ibunya , ya..  Dia tak sedar.. dia tak faham.. Aku sedang melatihnya menjadi seorang abang yang bertanggungjawab. Andai aku pergi lebih awal , dia harus bersedia untuk menjaga adik adiknya. 

Dia mungkin tak ingat... hanya blog ini saja mampu jadi saksi. Betapa dia dimanjakan lebih dari adik adiknya ketika dia masih kecil lagi. Sehinggakan aku sendiri risau jika aku 'spoilkan' dia.  Hurm... Yer , dia tak ingat lagi buat masa sekarang. Jika dia dah berakal nanti... dia boleh membaca kembali kisah kisah dia yang aku tulis di dalam blog ni dan juga di instagram. 



Yer, aku paham. Dulu tidak. Aku ingat , aku tidak disayangi. Bila dah ada anak , barulah aku sedar.. barulah aku faham. Ibu dan ayah sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak anaknya. Jika tidak , dah lama mereka tinggalkan aku di tepi tong sampah ! Tapi tidak... 

Di usia begini , aku masih berpeluang melentur mereka. Dia perlu dididik , utamakan keluarga. Aku masih belum lepaskan dia bermain di luar sana dengan kawan kawan seusianya. Belum tiba masanya lagi. Memadailah di sekolah saja.. bua masa sekarang .

Qhaliff.. andai satu hari nanti , terbaca coretan daddy ni.. anak anak daddylah harta yang daddy ada ! Yang lain daddy dah tukar nama dah ! Ibu punya.. Ibu takut daddy kawin lain. Hahahaha..  Qhaliff akan tau... bila tiba masanya nanti. Di ketika tu , Qhaliff dan adik adik akan merindui saat saat ini.. 

You May Also Like

7 comments

  1. IBU BAPA SENTIASA MEMBERI KASIH SAYANG YANG SAMA UNTUK ANAK-ANAKMYA...

    BalasPadam
  2. Sama, blog dibuat dengan harapan anak akan temui sesuatu di dalamnya suatu masa nanti, bila dia rindukan kita, yang mungkin dah tiada lagi.

    BalasPadam
  3. nanti qhalif baca mesti sebak aihh

    BalasPadam
  4. Ada anak seorang.Ada anak ramai setiap ibu bapa akan sentiasa mahu memberi yang terbaik kepada setiap anak-anaknya.Cuma mungkin setiap seorang layanan berbeza mengikut bawaan diri masing-masing.Walau seibu sebapa masing-masing ada pakej tersendiri.Cara didik abang belum tentu sesuai diguna untuk didik adik dan begitulah seterusnya.InshaAllah tiba masanya setiap anak pasti akan faham.

    BalasPadam
  5. Betul sejak ada anak tau macam mana tanggungjawab tu.. Semua kene bagi sama rata..

    BalasPadam
  6. Aduhhh sedih plak baca ni ben

    BalasPadam
  7. Umur anak aben lebih kurang anak marina gak. 8,7,4tahun

    BalasPadam