Waterproof bag atau dry bag ? Mana satu yang betul ?

by - Ahad, Julai 12, 2020

Ok.. minggu depan nak masuk hutan. Nak main air gak.. Tu nanti aku cerita. Kasi suprise skit.. baru syok ! Dan aku dah mulakan persediaan sedikit demi sedikit. Bukan teruja atau tak sabar pergi tapi untuk elakkan barang rosak. Tak nak jadi pengalaman lalu berulang kembali. Maka kali ni kena berhati hati. Hahahaha.. 

Apa lagi ? Mencari la barang di Lazada. Yer , aku lebih suka Lazada berbanding Shoppee. Kenapa ? Hurm.. mahal ? Hurmm... Pandai pandai la mencari dan buat perbandingan. Dan paling penting , kena baca review dan pastikan seller tu dari mana. Kalau dari China , barang akan lewat tiba. Kalau korang amik seller tempatan ,3-4 hari sampai dah. Ada gak kes lambat. Aku rasa tu mesti kes stok abis. Apa apa pun , diorang akan maklumkan pada kita dulu.. kalaulah seller tu bagus ! Hahaha.. 

Nah... aku beli dua barang sebagai permulaan. Beg waterproof dan waterproof handphone case. Dua ni penting. Sebab aku plan nak bawak kamera masuk ke tempat ada air. Gulp.. Terpaksa ! Kerja ! Dua item ni kalau di kedai fizikal , harga memang leh tahan sedapnya. Kalau pandai cari di Lazada , boleh dapat harga murah. Tapi kena hati hati sebab kualiti ! Haa.. tu jer.. 


Dan aku pilih apa aku nak. Pastu bayar. Settle.. Tunggu... beberapa hari kemudian , barang sampai. Hehehe... Mula mula handphone case. Aku terus try masukkan dalam air ! Tiada air masuk ke dalam. Ok...lulus ! Berbaloi !

Beberapa hari kemudian , beg lak sampai... Terus aku bukak box dan koyakkan pembalut. Cantik begnya. Harga pun murah je.. Belasan ringgit. Aku pilih selain dari 'waterproof' ialah USB port tu. Macam best lak ! Hahahha.. 

Dapat je beg.. terus aku kenakan air dalam bilik air... Apakah ianya waterproof ?? Aku bukak bahagian dalam dan... ada air ! Hurm.. Waterproof ke ni ? Ke aku tak paham istilah waterproof ? Apakah waterproof tu air tak boleh masuk .. yakni kalis air atau air boleh masuk tapi tak merosakkan beg ?? Adehh.. aku keliru dah ! 

Aku tinggalkan komen di bahagian review.. Heheheheee.. Pastu aku baca semua soal jawab dalam tu. Dan bila melibatkan 'waterproof' ' seller tak jawab.. tapi suruh 'chat'. Hurmm.. Baru aku perasan part ni. Camana aku leh terlepas pandang ? Maka satu part lagi yang patut kita baca sebelum kita membeli barang di Lazada ni ialah part Soal Jawab ! Haaa...

Beg dan penghantaran aku puashati. Cuma part waterproof tu jer ! Hurmm.. 


Kemudian aku  search beg waterproof lagi. Beberapa jenama beg popular terpapar di skrin utama. Antaranya HyperGear  dan beberapa lagi. Aku geleng kepala. Nak beli, rasa cam takut lewat dah. Sampai lambat..Adoii.. 

Cantik pulak beg ni.. Harga , pon cantik.. Tapi berbaloi kalau korang selalu guna. 





Aku fikir berkali kali. Nak beli ke tak ??? Akhirnya aku tertidur..  Lepas subuh , aku terfikir.. Apasal aku nak susahkan diri beli beg baru atau beli dry beg ? Kenapa aku bawak je plastik sampah warna hitam atau hijau tu beberapa helai ? Kan jimat dah. Bukannya aku nak berenang ke dalam sungai tu nanti pun. Memadai dengan cover dan elakkan dari jatuh ke dalam sungai jer.. kan ? Yelah , memang perlu beringat tapi rasanya beg plastik hitam pon ok dah kot ? 

Apa pendapat korang ?

You May Also Like

10 comments

  1. Hypergear tu bgus utk msuk hutan, klu ad aktiviti air ke apa kan...waterproof casing utk hp tu pn wajib

    BalasPadam
  2. klu muat beg sy yg kecik tu, tumpang je. tp aben bawak beg tu. hahahahahahaa.

    Bli la yg fir nk tlg beli tu. leh guna next next next time jugak..

    BalasPadam
  3. Kalo selalu guna berbaloi la beli. Lagi pun tak mahal Sgt harga beg tu. Mampu milik.

    BalasPadam
  4. Ok jg tu idea abg ben tu..boleh try dlu👍

    BalasPadam
  5. Ya beg plastik hitam sampah tu cara termurah selalu bagitau kat student bila packing bag untuk camping darat @ air. Haha tapi kadang student lagi advance pakai hyper gear haha

    BalasPadam
  6. teringat pergi pulau perhentian dulu..naik bot. hujan ribut. hbis basah smua baju dlm beg

    BalasPadam
  7. Beli-beli. Hypergear best. Hahaha!

    BalasPadam
  8. Berbaloi beli kalu selalu guna hehehe

    BalasPadam
  9. Plastik sampah tak stylo aben. Hahahaha

    BalasPadam