Best ke Kuala Pilah tu?

by - Jumaat, Julai 10, 2020


Semalam , aku ke Kuala Pilah.. sekali lagi. Sebelum ni , aku selalu je pergi tapi bukanlah dengan memandu sendiri. Naik bas pesiaran. Trip bersama pelajar pelajar perubatan dari Indonesia. Duk ngan awek, memang tak perasan dah la kat luar tu kan ? Hahahah.. Gurau gurau. Malam kang , kena jeling aku. Hahaha..

Ok.. Kali ni aku ke Kuala Pilah dengan keluarga aku. Wife aku , dia tak pernah jejak kaki ke Kuala Pilah lagi walaupun tak jauh dari rumah aku... hanya dalam sejam jer ! Maka semalam , aku bawak la dia dan anak anak ke sana. Sejujurnya , memang best berjalan dengan keluarga ni terutama bila anak anak dah besar sedikit.. Diorang hanya reti mengikut ke sana sini. Hahahha.. Takda pilihan. Dah bijak nanti , payah la nak mengajak sana sini. Hurm.. 

Dari rumah aku , Sepang nak ke Kuala Pilah tak susah. Ikut je Nilai dan masuk ke lebuhraya. Sekejap jer.. Tol pun berapa ringgit jer. Dan yang pasti , jalan clear ! Ada beberapa tarikan yang membuatkan aku rasa perjalanan ke Kuala Pilah ni menyeronokkan. Apa dia ? 

Pertama... Hutan Lipur Ulu Bendol dan Gunung Angsi. Sini leh mandi manda dan hiking. Aku tak sempat singgah lagi. Tapi yang pasti, hujung minggu akan penuh dengan orang. Huhu.. Aku google gambar Ulu Bendol.. Rasanya kalau anak aku tengok ni. melompat gak la nak main air ! Hahaha..Memang kena gi gak ni.. 

Kedua.. Bandar Diraja Seri Menanti


Yang ketiga.. Eh , banyak pulak tempat menarik aku nak cerita dalam ni ! Hahahaha.. Aku sendiri belum pergi lagi. Hahahaha.. Ha , tapi ada artikal mengenai Kuala Pilah dah pun ! Korang boleh baca di Tempat Menarik di Kuala Pilah. 

Ok.. yang aku nak cerita ialah sepanjang perjalanan dari Bukit Putus tu ke Kuala Pilah. Aku suka permandangan dan suasananya. Tenang walaupun ada pemandu giler. Kita tetap tenang memandu. Biar je diorang mengiler. 

Di sepanjang perjalanan, kalau korang kaki makan.. nah , bersepah tempat makan menarik di sini ! Fuh... seriusss weh ! Aku sendiri yang jaga makan pun boleh terliur ! Hahahaha.. Wife aku pun berkali suruh berhenti. Ada je menda nak beli ! Dan nasib baik aku tak singgah di kedai emas viral kat sini. Hahahaha... 

Dan ada satu tempat makan yang perghhh.. nampak cam panas je tapi rupanya mendamaikan. Dengan udara dari sawah... dengan makanan dia.. masak lemak cili api yang pelbagai jenis tu.. Gulp... tempoyak durian.. sambal belacan ! Wehhhh ! Terliur aku jadinya haaa..

Aku tolak tepi dah diet aku. Tak tahan tengok lauk pauk dia ! Er , restoran ni bukak jam 11 pagi untuk makan tengahari. Makan pagi pun ada tapi menurut kawan aku , Nash... sini sedap makan tengahari dia ! Huhu... Aku tak nafikan ! Memang sedap !!

 
Selesai makan , gi naik atas balik.. cari petai dan telur asin. Pastu ada itik salai... arnab salai... dan macam macam lagi la makanan.. Rajin tak rajin je nak berhenti ! Hahaha.. 

Pasni aku akan kembali sekali lagi ke Kuala Pilah.. er , akan kerap sebab aku dah ada syarikat pelancongan di sini.. dengan kawan aku tu.. Nak ikut aku gi trip ? Haa , standby naa ! 

You May Also Like

8 comments

  1. salam, boleh tahu apa nama restorannya.

    BalasPadam
  2. Kuala Pilah memang best, nanti try makan di Kak Lang D'Rimba pula

    BalasPadam
  3. sebelum kawin gi sini cari barang kemas kali pertama dan kedua tak nampak brg kemas kerja dok makan je la kali ketiga pergi baru setel hahahahh alasan nak bejalan ...

    BalasPadam
  4. Ahak haritu p pembukaan mcd, fistime p.. Memg macam2 ade.. Baru tau yang air terjun tu. Best juga

    BalasPadam
  5. Tak pernah singgah, selalu lalu je.. tp tpt dia mmg cantik

    BalasPadam
  6. Tak pnah jejak kuala pilah. Boleh masuk list ni

    BalasPadam