Apa yang menarik sangat di Bentong , Raub dan Lipis ?

by - Khamis, Julai 23, 2020

Bagi mereka yang sering ke Kelantan dan Terengganu , pastinya ketiga tiga bandar ini akan dilalui begitu saja. Kalau nak singgah pun , sekadar nak berhenti solat dan makan di pusat Rehat dan Rawat ( RnR ) je kan ? Hehehe.. Begitu juga aku yang mana tiap kali ke Kelantan , hanya singgah solat di Masjid Bentong yang cukup selesa dan bersih. 

Sejujurnya.. tiap kali aku lalu Bentong , Raub dan Lipis ni, aku tertanya.. apakah tarikan pelancongan yang ada di ketiga tiga bandar ni ? Bentong tu , aku tau ada Janda Baik. Sewaktu kecil dulu , pernah la arwah ayah bawak aku sekeluarga gi berkelah di sini. Memang syok la. Nyaman dan cantik sungainya. Selain tu ? Hurm... 

Baru baru ni, aku berpeluang menerokai ketiga tiga bandar yang terletak di negeri Pahang ni. Sebagai permulaan sebelum menerokai bandar bandar yang lain. Dan ternyata, ketiga tiga bandar ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri ! Cukup unik dari segi sejarah , makanan , adat budaya dan juga riadahnya.

Meh aku kongsikan serba sedikit maklumat yang berjaya aku kumpul melalui pengalaman aku selama 3 hari tu.. Untuk pengetahuan korang , Bentong , Raub dan Lipis ni terletak di negeri  Pahang Darul Makmur yer.. Hee..


Mula-mula kita ke ; 

Bentong

Menurut Wikipedia , Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang, Malaysia. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu negeri Terengganu dan Kelantan. Bentong akan mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi. Sejarah nama Bentong adalah daripada "banyak untung" kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi "Bentong".

Terdapat banyak tarikan di Bentong ni. Antaranya ialah Felda Lurah Bilut Museum , Chamang Waterfalls , Bentong Hot Spring, Lentang Forest Recreational Park , Genting Highlands , Bukit Tinggi dan yang aku nak cerita ialah...Kg. Janda Baik ! Ada banyak resorts popular kat sini.



Chalet Mama Papa

Aku berpeluang mengenali Chalet Mama Papa di Kg, Janda Baik.  Di sini , sesuai untuk semua golongan. Dari bujang hingga berkeluarga. Yang berkeluarga tu, boleh menginap di sini dan mandi sungai , berbbq. Hehehe.. Syok. Air sungai bersih dan nyaman.  Boleh tempah makan durian  berjemaah juga di sini tau! 

Manakala yang bujang tu , ada aktiviti aktiviti lasak dan mencabar menanti ! Korang boleh hiking Air Terjun Tampik atau  memanah, main ATV, paintball dan pelbagai lagi. Pasti korang berpuashati dan balik dengan penuh kenangan indah untuk dingati bersama. 


Whatsapp :  www.wasap.my/+60193688594
Facebook : https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/


Radiant Retreats 

Bagi mereka yang ingin adakan aktiviti berkumpulan seperti teambuilding , atau bercuti sambil belajar terutamanya untuk pelajar pelajar sekolah... aku syorkan di sini ! Dengan lokasi yang cukup menarik , serta pelbagai kemudahan serta tarikan pastinya mereka yang terlibat dengan aktiviti di sini akan sangat berpuashati.

Sewaktu melawat kawasan ni aku dapati tempat ini mampu berikan pelbagai pendedahan lebih lebih lagi pada pelajar pelajar sekolah ditambah pula tenaga pengajar di sini dah lalui pelbagai kursus untuk mereka kongsikan bersama ketika aktiviti dilakukan nanti.





The Land Bentong

Nah... satu lagi tempat menarik yang sesuai untuk keluarga serta kumpulan yang besar.  Kalau teringin nak tengok gajah , harimau atau binatang binatang liar yang ada di Pahang ni , korang boleh ke sini tapi bukanlah dalam ni... hehe.. Sini cuma tempat penginapan tetapi bercirikan suasana kampung. Ada pelbagai binatang ternakan ada di dalam ni yang jinak jinak. 

Sini juga sesuai untuk adakan retreat keluarga atau meeting secara santai. Pelbagai aktiviti boleh diadakan di sini. Penginapan pula sangat selesa ala ala berada di hotel 5 bintang gitu ! Berbaloi dan best sangat.. Tak serabut di sini. 


Facebook : https://www.facebook.com/thelandbentong/
Instagram : https://www.instagram.com/thelandbentong/


Raub 


Raub adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai lebih kurang 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampong baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% dari keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua banjaran, iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5º dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke pekan kecil ini melalui Lebuhraya Kuala Lumpur Karak.

Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘genggam’. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raub) of gold". Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia.

RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961. Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini,

Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).

Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebatan itu amat bersih. Kedua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan.Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercaya mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".

Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB".

Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari ‘Raup’. Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal dari perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai ‘lubuk orang Rao’. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub.

Ok.. cukup serba sedikit mengenai Raub yang aku pinjam dari blog Cerita dari Lipis ini. Raub , ada banyak tarikan. Antaranya Fraser Hill yang terkenal dengan keindahan alam , air terjun , golf dan macam macam lagi. Nak cari durian pun kat sini ada.. Sedap sedap buahnya ! Dan paling best ialah resort yang best kat sini... Jom baca ! 

Tanah Aina Fahad 

Aku pernah cerita mengenai Tanah Aina Fahad ni dalam blog aku. Korang boleh rujuk pada cerita tu kembali eh.. Hehehe.. Walaupun dah 3 tahun berlalu, Tanah Aina Fahad tetap sama. Makanan tetap sedap.. penginapan bersih dan kedamaiannya tetap mengamit jiwa ! Seronok dan menenangkan. Hilang stress gitu !

Opss... kalau musim durian , korang boleh makan durian berjemaah kat sini ! Hahaha.. Puashati...  Mengenai apa ada di Tanah Aina Fahad ni , korang boleh baca kembali di entri aku yang lepas Cubalah Menginap di Tanah Aina Fahad.



Lipis 

Daerah Lipis terletak di Barat Laut Negeri Pahang merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin. Di daerah ini terletak bandar Kuala Lipis yang merupakan bekas ibu negeri Pahang. Kuala Lipis terletak dipertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.

Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini. Bandar Kuala Lipis telah berkembang pesat sebagai pusat perdagangan di negeri Pahang dengan industri utamanya iaitu perlombongan bijih dan emas.

Pada tahun 1920, kerajaan British telah membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gemas hingga ke Johor bertujuan untuk memudahkan pengangkutan hasil bijih ke pelabuhan. Kesan daripada penjajahan British masih dapat dilihat pada bangunan-bangunan Kolonial di sekitar Bandar Kuala Lipis seperti Rumah Rehat Bukit Residen, Kompleks Pejabat Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang Club dan lain-lain yang mana jelas memaparkan senibina Kolonial yang membuktikan bahawa suatu ketika dahulu pihak penjajah British pernah menduduki dan mentadbir Kuala Lipis.

Kuala Lipis terletak di Kuala Dua Batang Sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Ada dua cerita bagaimana Bandar ini mendapat namanya.

CERITA PERTAMA mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah serau lipis yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.

CERITA KEDUA, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’.

Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.

Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.

Info dari blog Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis .Adalah penting untuk kita mengetahui asal usul sesuatu bandar ni. Nanti nak cerita pada anak anak , diorang akan lebih cintai negara diorang. Tidaklah mereka sekadar tau bermain dan mandi kolam jer.


Starwell Hotel 

Sapa sangka di bandar Lipis ni ada hotel setaraf di Kuala Lumpur ! Haaa.. hotel ni baru lagi. Dibuka pada September 2018. Berdekatan dengan lot lot kedai yang memudahkan kita nak keluar mencari makanan jika tak nak makan dalam hotel. Hehehehe.. Kemudian hentian bas Lipis pun dekat jer. Kiranya hotel ni terletak betul betul di kawasan strategik dan paling penting, harga penginapannya yang murah.


Web : https://www.starwell-hotel.com/
Facebook : https://www.facebook.com/starwellhotel/


Tempat Tempat Menarik di Bandar Lipis 

Ada banyak tempat tempat menarik dan sejarahanya tersendiri. Antaranya bangunan residensi yang dibina ketika zaman Inggeris , pejabat pos dengan sejarahnya tersendiri , masjid negeri pertama di Pahang , muzium warisan , sekolah yang melahirkan ramai tokoh dan banyak lagi. Kena jejak satu per satu gitu  ! Baru puas pusing Lipis gitu..








Taman Eko Rimba Kenong

Kalau korang sukakan alam semulajadi.. flora dan fauna , Taman Eko Rimba Kenong ni patut korang pergi lawat. Untuk ke sini , korang kena guna kereta atau kenderaan seperti lori kecil hingga ke jeti Sungai Jelai. Dan dari situ, korang akan naik bot hingga ke Taman Eko Rimba Kenong. Tapi bukan terus sampai tau ! Kena redah hutan dulu.. Hehehe.. Baru syok ! Tak lama pun.. dalam 45 minit jer.

Sayangnya ketika aku di sini , cuaca kurang cantik. Air pulak pasang membuatkan nampak seperti teh tarik tapi tetap menawan bagi aku..



Ada banyak gua di sini. Korang boleh pilih samada berjalan kaki atau menggunakan bot. Tapi nak guna bot , kena tengok cuaca la. Kalau lepas hujan, air naik.. memang tak boleh masuk dalam guna guna bot. Maka kena cari gua batu kapur yang lain la untuk lawat.

Antara gua yang ada kat sini ialah Gua Batu Tangkup , Gua Kelawar dan banyak lagi.



Nahh....  kesimpulan dari kembara aku 3 hari tu. Aku tak puas jelajah lagi terutama bab makanan tradisi tempatan dan tempat tempat bersejarah. Kalau nak part nature tu , Pahang memang terbaik la ! Hutan Pahang ni antara yang terunik di dunia. Kena jaga dan pelihara ! Pahang , destinasi pelancongan yang wajar korang terokai ! Jangan tunggu kehilangan baru sibuk nak pergi. Huh ! 

Untuk info lanjut , korang boleh lawati ; 

Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel

You May Also Like

12 comments

  1. Sama, biasa lalu lalang utk balik kampung tak sempat nak melawat tapi selalu tengok bangunan-bangunan lama yang ada. Banyak rupanya history menarik yang ada and yeah semua tempat ni memang best

    BalasPadam
  2. Kita duk lat Pahang ni pon tak abih teroka lagi negeri Pahang hehehe .

    BalasPadam
  3. Banyak tempat menarik rupanya sebelah kiri pahang ni. Dulu dduk karak pun tak tau nak gi mana...😅😅

    BalasPadam
  4. Bestnyaa...aku kalau dengar Bentong jee, terus kepala fikir Musang King hahahahaha...sebab selalu Suami bawa makan Musang King di Bentong jerr..

    BalasPadam
  5. banyak jugak tempat menarik. chalet mama papa tu memang best. dah pernah stay sana.

    BalasPadam
  6. Nak kene bercuti dekat Pahang la.. Banyak tempat ni

    BalasPadam
  7. Wah..MasyaAllah menarik..jelesnyaa..😍👍 moga KBBA terus maju sukses ..

    BalasPadam
  8. Memang ramai yang tak tahu sbnrnya pahang banyak juga tpt menarik...

    BalasPadam
  9. Paling best taman eko rimba kenong.

    BalasPadam
  10. Banyak gak pahang tempat menarik .

    BalasPadam
  11. Bestnya, banyak tempat menarik. Walaupun orang Pahang tapi tak habis explore lagi.

    BalasPadam
  12. Tak pernah pegi raub dan kuala lipis

    BalasPadam