Usaha murni Ensany Global bantu golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia.

by - Isnin, Julai 13, 2020

Baru-baru ini , Ensany Global telah melancarkan tabung Wafaq Al-Quran dan kitab KoD Braille sebagai usaha membantu menyokong usaha memperjuangkan hak pendidikan  Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia. Turut serta dalam menjayakan kutipan dana ini adalah Yayasan Maghfirah.

Bagi aku , itu satu kebaikan yang patut dipuji dan diwar warkan pada umum supaya lebih ramai syarikat koprat atau mereka yang berkemampuan , membantu persatuan persatuan sebegini supaya tiada ada yang ketinggalan di belakang apatah lagi sekarang ini kita berada di zaman teknologi digital yang serba canggih. 

Ketika pelancaran di Pusat Penerbitan PERTIS , Ensany Global dimaklumkan bahawa Al-Quran dan Kitab yang dicetak dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja Ini bermakna selepas itu akan terpaksa mencetaknya lagi dan kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab adalah RM0.50 sehelai. Kos percetakan dan mesin yang mahal menyebabkan Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tidak dapat disedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia. 

Disebabkan itulah Ensany Global membuat inisiatif  pengumpulan dana secara atas talian telah tampil membantu pihak PERTIS agar Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara percuma kepada OKU penglihatan.

Alhamdulillah, usaha mereka  telah  sokongan orang awam bukan sahaja di Malaysia bahkan negara ASIA terdekat  dan dana terkumpul buat masa ini ialah RM668,195.






Majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS adalah pada 10.00 pagi 10/07/2020 bertempat di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield. 

Dalam pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bagi melancarkan Tabung Kelestarian orang-orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia. Di mana tabung ini ditubuhkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan di Malaysia. 

Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia ada projek usahama antara ensany Global, yayasan Maghfirah dan PERTIS.

Tahniah buat Ensany Global kerana mengambil tanggungjawab ini membantu mereka yang memerlukan. Semoga selepas ini , mereka dan juga kita saling sama membantu  golongan golongan seperti ini.  

Semoga Allah berkati usaha mereka dan murahkan lagi rezeki buat mereka. Tahniah sekali lagi ! 

Layari www.ensany.com untuk info lebih lanjut mengenai Ensany Global. 

You May Also Like

0 comments