Singgah beli cuka epal di Arabian Village , KL Traders Square.

by - Rabu, Julai 08, 2020


Gi gym ari ari.. tapi apasal 'boroi' tu tetap ada ??? Nah.... ni masalah aku dan ramai lagi rakan rakan seperjuangan. Jawapannya mudah jer.. Bila dah berusia macam aku ni , faktor penghadaman menjadi masalah. Masuk banyak tapi keluar skit. Pastu perut kembung. Penuh dengan hampas. Kan ? Tak lawas bila membuang. 

Ada banyak produk di luar sana dan aku dah cuba macam macam. Semua ok jer.. takda yang aku nak kata ni bagus dari yang ni.. Ikut keselesaan masing masing. Tapi baru baru ni, aku dapat tips dari rakan aku. Dia ni kira otai la dari aku. Bukan bodybuilder pun tapi dia cerita hasil dari apa yang dia amalkan. Katanya , bila dah usia 40 tahun ke atas , masalah penghadaman akan jadi punca perut kembung semacam ! Hahahaa.. Angin ? Yelah.. tu berpunca dari masalah penghadaman gak la.. 

Dia kata... 

" Ben.. amalkan minum sesudu cuka epal sebelum tidur.. "

Yer.. memang aku amalkan. Tapi cuka epal yang aku minum tu sedap sangat. Sebotol leh abis beberapa hari jer ! Hahahaha.. Dia kata gi cari kat kedai Arab. Kat situ ada cuka epal yang minum sesudu boleh kasi geleng kepala 3 saat ! Hahaha. Dia punya masam tu.. perghh... Katanya la.

Dan baru baru ni, aku di sekitar Jalan Gombak. Teringat akan ada sebuah kedai Arab yang menjual pelbagai bahan makanan dari Tanah Arab , maka aku terus singgah la kat KL Traders Square di Jalan Gombak.

Tak susah nak cari pun Arabian Village ni. Waze jer.. Confirm jumpa. Pastu tempat letak kereta pun banyak. Kalau pergi hujung minggu , memang agak banyak kereta sini sebab banyak tempat makan yang best best. Tapi tujuan aku cuma ke Arabian Village ni. 


Aku masuk... Dan... Wow... Banyaknya makanan yang lazat lazat dalam ni ! Rambang mata aku. Kalau bawak wife aku ani , sah sah abis dia borong macam macam dan aku rasa , bukan dia jer... aku sendiri pun boleh menggila tapi aku tahan je nafsu aku. Amik yang aku nak jer. Nanti aku boleh repeat ngan dia sekali lagi. 

Kebanyakkan produk yang dijual dalam ni datangnya dari Arab Saudi , Turki , Palestin , Syria, Tunisia, UAE , Yemen dan banyak lagi negara negara Arab termasuk dari negara kita sendiri pun ada.. 

Perfume antara yang akan aku tengok kembali di sini. Aku tak minat sangat dah nak guna perfume negara barat ni. Huhuh.. Bau dari Arab ni terasa macam berada di dalam masjid gitu. Hahaha.. 

Nasihat aku la kan.. kalau nak masuk kedai Arab macam ni , kena bawak kawan atau ahli keluarga yang pernah sampai sana. Confirm dia akan terliur tengok ! Hahahaha.. Maklumlah , skang ni kan PKP.. Nak gi buat umrah dan haji tahun ni tak leh. Dan mesti diorang merindui makanan Arab punya.















Dan akhirnya , aku pilih apa yang aku nak.. Bayar dan bawa balik. Malam , aku terus cuba cuka epal yang aku beli tu. Memang betul la rasa dia. Suka suka suka ! Sebab aku tak boleh minum banyak.. Hahahaha.. Jimat banyak kat situ. Harga pun baru berapa belas ringgit jer.  Aku campur dengan air.. Cuka epal tu cuma satu sudu jer. 

Lepas subuh.. perut aku memulas ! Memang tepat laa kata kawan aku tu. Clear betul perut aku pagi hari. Terasa kurus weh ! Hahahaha.. Baru tau sebenarnya aku boroi sebab isi perut yang tak abis keluar. Bila dah keluar semua.. memang akan lapar tapi kita makan beringat la. Dan malam hari , minum lagi sesudu cuka epal ! 

Dan nampaknya , kena repeat lagi la ke Arabian Village ni untuk dapatkan cuka epal ni. Sekarang ni, nak makan malam pun tak risau dah.. sebab pagi pagi hari dah kasi clear perut ! 


Amacam ? Menarik ? Hehehe.. Jangan lupa beli cuka epal tu ! Hehehe.. Baru korang faham maksud aku nanti.. 

Alamat Arabian Village : KL Traders Square, Gombak, Selangor
No Tel : +601111119585

You May Also Like

9 comments