Boleh ke blog buat duit ? Masih relevankah lagi di Malaysia ?

by - Jumaat, Julai 24, 2020



Yeargh.. aku saja je update status begini di awal pagi. Hahaha.. Bukan apa.. Kita ni, bila nampak RM, mesti akan terbeliak mata ! Hahaha.. Termasuk aku la. Status tu bukanlah scam atau tipu. Yer , memang pon dah lebih.. Tapi aku dah isytihar pun pada LHDN dan bayar zakat pendapatan setiap tahun pada Lembaga Zakat Selangor. 

Kenapa aku up status gitu ? Sebab orang kita dok galak nak buat Youtube.. galak nak buat video dan dapatkan income dari situ ! Apakah Youtube je boleh buat duit ? Apakah di zaman ni video je orang pandang ? Eh... video ni dari dulu laa.. Dari zaman tv lagi ! Tapi sedar tak , orang masih membaca ?? Tak kira la buku fizikal ke.. e book ke.. Selagi ada mata, orang membaca ! Ingat menonton ni best sangat ke ? Penuh dengan edit tauu.. kasi nampak cun ! 

Berbeza dengan membaca karangan seseorang ! Kita boleh rasa orang tu bercerita dengan jujur dan ikhlas. Malah orang yang bercerita tu pun , seronok sebab tak nampak muka dia pun. Yelah , nak buat video ni.. kena muka kacak dan cun. Kalau muka pecah rumah.. buat video sah sah kena keji ! Tu realitinya. 

Dan blog dari dulu hingga bila bila tetap boleh jana pendapatan ! Kena tau cara dan bagaimana jer ! Sebab tu orang kata... mereka yang berpengalaman dalam hidup ni , merupakan orang yang bertuah ! Pengalaman ni hadir dari pelbagai cara. Sebab tu kita kena kutip semua pengalaman yang ada dan ianya berbaloi di masa akan datang. 

Dan aku memang lebih suka galakkan kawan kawan membaca dari menonton.. 



Ketika awal berblog dulu, aku tak pikir pun soal jana pendapatan. Aku lebih pada minat. Sejak di bangku sekolah lagi aku minat dengan karangan serta mempunyai daya imaginasi yang agak menarik la. Nak cakap daya imaginasi yang gempak , serupa angkat diri sendiri la. Hahahha.. Oh ya , selain menulis , aku juga suka melukis. Ketika tu laaa.. Sekarang jari jemari dan keras kejung ! Hahaha.. Nak tulis nama sendiri pun tak leh nak baca balik... Hahahaa.. Abis kerekot kata orang lama. 

Teringat lagi saat saat aku mula menyentuh blog. Sebelum tu , aku dok 'berkarya' di Facebook.. Kawan baik aku ketika tu syorkan aku supaya buat blog. Tapi aku tak nak. Aku tau 'masalah' aku dengan internet ni. Yer , aku taik internet ! Aku boleh duduk mengadap komputer melayari internet berjam jam lamanya ! Macam macam aku dok buat dan godek.. 

Dan sebelum berkahwin , aku dah pun punya blog sendiri. Tapi ketika tu aku lebih ke arah menulis novel di free web.. GeoCities. Dan belajar mempromosinya di MIRC serta Yahoo Messanger. Tapi terhenti sebab kekangan waktu. Dah ada followers pun ketika tu.. Huhuh.. 

Selepas kawin... aku lebih suka abiskan masa duk mengadap depan tv.. Layan movie. Internet tidak lagi aku layan.Kecuali di pejabat jer.. atas urusan kerja dan sesekali layan Facebook. Ketika tu , Friendster dan Myspace pon masih ada. Facebook baru lagi. Dan follower memang dah beribu dah. Hehehe...  Aku suka mengomel. 

Nah... 10 tahun sudah berlalu. Aku dah pun 'dikejar' LHDN. Dah pon diminta isytihar pendapatan . Dan memang setiap tahun pun aku bayar zakat pendapatan yang mana ketika aku bekerja dulu, nak bayar zakat pendapatan pun tak dapat.. Tak layak ! Huhuh.. Alhamdulillah.. sekarang layak dah.. Suka suka sukaaa ! Tu tujuan kita berduit ni. Dapat bantu umat Islam yang lain. Bukan suruh kumpul harta jer ! 

Ok.. Ada yang tanya kos buat blog. Berapa aku abis untuk naikkan branding nama Ben Ashaari ? Panjang sebenarnya nak cerita ni.. Hahaha.. Aku dah boleh keluarkan e book macam ni. Yelah , 10 tahun lebih kot dalam dunia blogging ni. Macam macam cerita dan pengalaman ada haa..

Bagi yang kenal , tahu la camana kan.. Dan biasanya kalau aku bercerita berdepan dengan orang , mesti orang tu nak jadi blogger punya ! Hehehehe.. Semestinya memang aku galakkan punya. Lagi ramai blogger lagi bagus. Bukan apa.. masing masing ada pengalaman , ilmu dalam diri mereka. Maka keluarkanlah.. berkongsilah ! Manfaatkan buat insan lain.  Kan kan ?

Camana aku buat duit dari blog ? Camana orang boleh kenali BEN ASHAARI ? Panjang nieh ! Ada masa ke nak baca ? Hahaha.. aku tau.. korang tunggu part income je kan ? Korang nak baca atau nak dengar sendiri ? Haaaa.. Hahaha.. 

Sejujurnya , aku bukanlah pakar bab blog. Aku cuma suka bercerita dan impian aku jadi kenyataan sejak bergelar blogger ni ! Macam macam yang aku impikan selama ni.. tercapai ! Dan aku sama sekali tak menyangkanya ! Alhamdulillah.. Rezeki selepas kawin yang mana aku ingat dulu , kalau aku kawin.. aku mesti berhempas pulas mencari rezeki siang malam. Maklumlah , gaji kecik. Huhuh.. Tapi tidak.. aku berhijrah demi keluarga.. Dan janji Allah pada mereka yang berhijrah.. ada rezeki masing masing. Yang penting , usaha dan rajinlah pohon padaNya.. 



Bagi mereka yang tinggal di Kelantan ... Kalau berminat nak dengar sendiri.. InshaAllah.. aku akan kongsikan bersama.  Antara point yang akan dikongsikan nanti ialah ; 

a) Menulis di Facebook vs menulis di Blog.
  • Kelebihan & kekurangan. 
  • SEO. 
  • Platform media sosial tidak bagus untuk penulisan?


b) Kelebihan blog untuk usahawan, industri pelancongan, penulis.

c) Content is the new marketing.

d) Cara jana pendapatan dengan blog.

e) Bagaimana boleh terlibat dalam dunia blogging secara sepenuh masa.

f) Pahit manis dalam dunia blogging.

g) Aktiviti dan program Kelab Blogger.

Amacam ? Rasa rasa ok tak ? Nak pergi jauh lebih mendalam mengenai blog ni, takda la.. sebab talk ni santai je. Tapi inshaAllah bermanfaat terutamanya mereka yang tercari dan mencari cari semangat untuk menulis.. 


You May Also Like

12 comments

  1. Nanti aku panggil ko untul slot JDT Blogger plak ek..nanti PM tepi hehehehe

    BalasPadam
  2. wahh gudluck ...blog mmg masih releven

    BalasPadam
  3. Drpd Aben laa i blajaq camna nak buat side income drpd blogging ni. Terima kasih Aben!

    BalasPadam
  4. Good Luck Ben. Kami kbba9 support dari jauh. Tak dapat nak pergi hanya iringan doa buat ben moga dipermudahkan. InsyaAllah aamin aamin.

    BalasPadam
  5. Info info orang buat carian google. Jarang cari di fb youtube 😁 google biasa masuk.blog kan

    BalasPadam
  6. dah jadi sifu blogger ni. follower 24K lebih. Tahniah.

    BalasPadam
  7. sama macam aben, tulis blog sebab minat dan bukan sebab nak jana income. menulis ni passion, cuma kadang masa tu memang terhad sangat nak menulis ni sekarang, berbanding dulu masa melimpah ruah

    BalasPadam
  8. masih relevan. ramai je yang suka baca blog. Contoh macam saya, saya suka baca blog dari tengok youtube atau face book. hihi

    BalasPadam
  9. haaah sama .. menulis sebab minat... if dapat jana pendapatan itu bonus. tapi yang best dapat kenal ramai orang .. thanks to ben

    BalasPadam
  10. Wow.. bila nk buat di johor pulak? Blh jumpa kak ayu, blogger masakan & lain²

    BalasPadam
  11. buat dekat kuantan pulak abg ben. sy nak belajar semula bab2 blogging nie, dah lame benau tinggal nye hehe

    BalasPadam