Cubalah bercuti ke Tanah Aina Fahad , Pahang.

by - Isnin, November 20, 2017

Yer, aku dan rakan-rakan #KBBA9 telah pon merasai satu percutian singkat ke Tanah Aina Fahad di Raub , Pahang. Di sini , aku teringat kembali satu trip review aku ke Phuket , tahun lepas. Segala stress hilang bila berada di sini ! Sangat rileks dan mendamaikan... tak perlu ke Phuket dah ! Hahahaha..

Dari Kuala Lumpur ke Raub cumalah mengambil masa sejam lebih saja. Tak jauh pun. Andai cuti yang ada cumalah sehari dua , Tanah Aina Fahad adalah destinasi yang sangat sesuai. Nak ke sini , tak susah pun. Kalau ada Waze , lagi mudah. Setkan ke Tanah Aina Fahad Ulu Dong. Confirm jumpa ! Kalau takda Waze ? Hurmmm... sila memandu ke arah Raub , Pahang. Dan korang yang biasa ke Pahang atau Kelantan , mesti akan perasaan satu bangunan warna merah di satu tempat ni. 

Dari lebuhraya selepas Bentong akan nampak bangunan ni. Maka sila masuk ke arah sini. Dan terus je memandu ke hadapan. Jangan sesekali pandang belakang ! Heeee.. Kalau tak yakin , sila bertanya penduduk sini. InshaAllah akan membantu. Cari je Lata Jarum atau Sekolah Kebangsaan Ulu Dong. 



Apa yang menariknya Tanah Aina Fahad ? 

Kalau korang tanya aku , jawapan aku ialah ketenangan dan kedamaian ! Bayangkan jika korang bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat , dengan boss yang grrrr.. dengan staff yang aduhhhai perangainya.. haaa.. macam macam la punya stress yang ada dan ingin lepaskan segalanya tanpa menyakiti hati insan lain... silalah ke sini ! 

Tengok dua keping gambar di bawah ni. Gambar pertama , ketika sampai. Muka masing masing agak tegang jer. Maklumlah , dalam kepala dok pikir kerja yang tertangguh di pejabat. Dan tengok gambar kedua... masing masing dah rileks dan happy ! Terutama aku ! Hahahahaha... 



Peta Tanah Aina Fahad

Apa aktiviti yang ada di Tanah Aina Fahad ni ? 

Bagi aku , konsep Tanah Aina Fahad ni lebih pada rileks. Tak perlu yang banyak sangat aktiviti seperti Tanah Aina Farah Soraya kecuali jungle trekking atau meredah hutan. Ini lebih pada nak kasi lupakan seketika masalah yang ada dengan cara menikmati keindahan alam semulajadi . 

Ada paintball dan boleh buat team building. Tapi kitorang mencuba jungle trekking. Awal awal kitorang dimaklumkan dengan banyaknya pacat di sini ! Meredah hutan yang penuh dengan pacat , pada awalnya mengerunkan aku. Hahahaa.. aku agak 'segan' sedikit dengan pacat dan pakcik dia , lintah.  Diulangi yer , segan.. bukan takut tau ! Haaa.. Kalau takut , aku tak masuk hutan tu ! 

Rileks arr... Kitorang tak fit pon tapi berjaya harungi 2 jam perjalanan. Dan nasihat aku , sila bawa coklat Snikers. Kalau pancit , cepat cepat makan. Tenaga akan kembali pulih dengan pantasnya. Hehehe.. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Hahahaha.. 




Satu kemenangan ! Hahahaha.. Berjaya harungi 2 jam perjalanan dan digigit pacat dengan banyaknya. Nasib baik hari tak hujan. Kalau hujan, menurut En. Shiva ( penunjuk arah ) pacat lagi laa banyak ! Memang akan kelihatan memanjat manjat betis dengan riangnya. Kalau tak pakai kasut atau sekadar bersandal , siap arrr ! 


Secara jujurnya , bila bukak sandal yang aku pakai tu , fuhhhhh... rasa nak pengsan jap ! Hahahaha.. Celah celah jari kaki penuh dengan pacat yang dah kekenyangan. Nasib baik la aku dah sapu Cosmoderm Magic Lotion. Kalau tak , lagi bersepah la kaki aku dengan pacat tu ! 

Kena gigit tu sebab redah air gak kan... maka magic lotion tu dah 'tertanggal'. Dan bila berdarah dengan banyaknya , aku terus sapu dengan lotion tu. Alhamdulillah, pendarahan terhenti. Sakit ? Tak laa.. Malah ini satu cabaran ringkas buat mereka yang tak minat hiking atau jungle trekking ! Akan hilang stress sekejap.. heee.. 

Tak nak jungle trekking pon tak pe.. Boleh je duduk di resorts dan layan ping pong , atau main permainan seperti Saidina , chess , karom , congkak dan banyak lagi ! Atau boleh je membaca novel macam aku buat tuuu... hehehe.. bawa novel terbaru ke sini dan ada banyak tempat menarik untuk bersantai membaca novel.





Petang , jika tak hujan..boleh turun mandi sungai ! Kalau ada anak anak kecil , ada satu tempat yang selamat sangat untuk mereka bermandi atau bermain air.



Antara lokasi santai sambil membaca novel ! Best !!!

Untuk budak budak je mandi ! Mak pak , leh je join.. hehehe.. 


 

Aktiviti malam lak , boleh buat unggun api. Pastu pandai pandai la cipta permainan berkumpulan. Memang best. Takda yang 'menganggu' tapi jaga jaga la mulut juga yer.. Heheheh... Yelah , ingatkan jer walaupun 'clear'.



Cantik sangat kawasan sini. Kalau boleh , nak je letak banyak banyak gambar dalam ni ! Tapi paham paham je la kan.. ada yang tak suka banyak sangat gambar sebab loading perlahan katanya.. Ehehehe.. Tapi serius , sungai sini memang best ! Puashati la kalau budak budak mandi.. 

Pilihan Tent / Bilik yang ada.


King Tent - Ada 3 bilik jenis ni. Minimun boleh masuk ialah 2 orang dan maximum ialah 9. Boleh tambah katil.  Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina

Komen aku.. Kalau aku baru kawin , dan nak privasi tapi dekat dengan alam semulajadi , King Tent ni sangatlah sesuai. Dengan bunyi sungai mengalir tanpa henti , bilik yang cukup selesa , tandas yang romantik serta harga yang bersesuaian ( termasuk 4 buffet yang sedap , sehari ) , pastinya percutian singkat ini akan jadi memori indah. 



Queen Tent - Ada 6 jenis tent jenis ni. Min 2 orang dan boleh tambah seorang untuk satu tent. Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina.

Komen aku : Yang ni tidur dalam khemah gini tapi sangat best dan selesa ! Tandas di luar dan jangan risau... ada banyak tandas dan semua sangat cantik dan selesa. Ala ala tandas rumah orang kaya dah wooo ! 


Single Tent -  Setiap satu tent boleh muat 5 orang . Boleh tidur dengan selesanya. Tanpa sebarang gangguan nyamuk pon !  Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina

Komen aku : Aku dan rakan rakan tidur di sini. Alhamdulillah , bangun rasa segar sangat.. tilam yang bersih. 





Terrace Room ( Durian ) - Ok , yang ni ala ala dorm tapi dorm class punya ! Haa.. bukan dorm sebarangan yer ! Di tandas pon boleh tidur tau ! Yang ni , tandas dalam. Tak payah nak keluar bagai. Tapi nak keluar pon boleh jer.. Hehehe... Boleh muat 6 orang. Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina.

Komen : Ni kalau buat gathering blogger , best ! Memang puashati..




Terrace Room ( Ciku , Ambra dan Belimbing ) - 1 size king. Ada 3 unit dan setiap unit boleh muat 2 orang dan tambah 1 extra tilam. Max 3 orang untuk 2 hari 1 malam. Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina.

Komen aku : Best !





Ok, dah tengok bilik kan ? Sekarang kita tengok tempat makan dia. Aku paling suka sini laaa... best ! Tempat makan dia dihiasi dengan kecantikan lanskap sungai. Dan terbuka ! Tapi segalanya terjaga rapi. 

Cantik kan ? Jangan risau bab makanan. Dijamin berpuashati punya ! Takkan kelaparan bila disini..InshaAllah ! Heeeee...




Selesai ! Fuh.. banyak gambar eh ? Banyak lagi sebenarnya.. hahahaha.. Gambar pacat hisap darah ada.. nak tengok ? Hahahaha.. Ok ok... sampai sini je lah penceritaan aku kali ni.  Sebarang pertanyaan , boleh hubungi terus pihak Tanah Aina Fahad di http://www.tanahaina.com/contact/

You May Also Like

26 comments

  1. Best! Tp confirm tak join jungle trekking. Segan juga dgn pacat 😅

    BalasPadam
  2. Fuhhh....serius memang tenang gila dekat sini... Hilang stress kerja..

    BalasPadam
  3. bestnyaa, bawak min pulak laa lepas nii... plishhh plishh

    BalasPadam
  4. Huwaaa cantiknya tempat! Nak pi jugak. Tapi i takut pacat, bukan segan tapi takut! Skip jungle trekking tu boleh kan? Hahahaha

    BalasPadam
  5. Hehehe nampak best dan seronok jer kat sana..

    BalasPadam
  6. kenapa semua yang ada kat Tanah Aina Fahad ni best2..nak pergi gakkk

    BalasPadam
  7. jungle tracking tu best, kena pacat bagus sebab boleh la derma darah dekat pacat sket..hehe..memang menarik tanah aina ni. teringin nak pergi!

    BalasPadam
  8. Menariklah Tanah Aina ni, suka sangat kalau aktiviti back to nature ni. Tapi bab pacat tu tak sanggup ai, geli!

    BalasPadam
  9. Satu short escape yg relax.. #rindupacat

    BalasPadam
  10. teruja membaca sambil tengok gambar-gambar yang menarik ni. memang best bila kita back to nature.

    BalasPadam
  11. Dah lama usha sini,dlm wishlist dari kawin ari tu,tp belum ada rezki,bestnyaaaa...

    BalasPadam
  12. Cantik , suasana pun best .. kena bertabah bab pacat tu hahah ..

    BalasPadam
  13. Best gilerr..rindu nak ulang semula..cuma bab jungle trekking tu x mo ulang daa..hahaha..anyway thanks aben utk snickers ketika pancit wakakaka

    BalasPadam
  14. khemah cantik, bilik pun cantik..yang penting bilik air, puas hati...selalu tengok je signboard balik pantai timur tp tak tahu apa ada situ.

    BalasPadam
  15. Salam En.Ben
    Saya Yatie Shahrom, Coordinator Tanah Aina Sdn Bhd mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak CEO TASB YBhg Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil.
    Kami amat gembira tentang kehadiran En.Ben dan teman teman kerana sudi menginap di Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Kg. Peruas Ulu Dong Raub.
    Terima kasih tak terhingga atas penghargaan En.Ben yang berpuashati dengan layanan staff, penginapan dan makanan.
    Besar lah harapan kami En.Ben dapat mengunjungi resort kami Tanah Aina Farrah Soraya di Jalan Tras Raub (jalan lama ke Frasers Hill) dan Restoran & Cafe Tanah Aina Fareena yg akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 di KM54.3 Karak Highway.

    Untuk inquiry or booking plse email to booking.tanahaina@gmail.com or contact
    Ms. Hana 0162159252
    Ms. Malou 0192827012
    www.tanahaina.com

    Terima kasih.

    BalasPadam
  16. tempat lepak dia pun menarik . penginapan dia pun mcm best je dalam gambar,

    BalasPadam
  17. cabtiknya tanah aina nie..bestnya kalau dapat bercuti sambil menikmati keindahan alam semulajadi mesti tenang

    BalasPadam