Mbh Beauty Fair 2017

by - November 16, 2017

Ok... bagi mereka yang meminati bidang kecantikan terutamanya yang menjaga kecantikan rambut dan juga wajah , haaa.. ni satu peluang untuk korang menambah ilmu yang mana satu kolobrasi telah dibuat melibatkan jurusolek-jurusolek terkenal seperti Nur Syafinaz Utagha Touch, Hanizah M.Rashid, Hera Helmi, Rogue Fyfy, Nisa Touch dan Eypa Hana. 
Kempen yang bertemakan kecantikan luar dan dalam ini diadakan bertujuan untuk menekankan kepentingan penjagaan kulit dan rambut di kalangan wanita selain memberi inspirasi solekan yang terkini.
Haaa... Sepanjang kempen tersebut, 3 tarikh telah dipilih untuk acara Live Tutorial Makeup di antara pihak MBH dengan MUA yang terlibat. Di kawasan Selatan, LIVE akan diadakan pada 17 November 2017, manakala di kawasan Klang Valley pada 23 November dan utara pada 29 November 2017.
Selari dengan setiap tarikh LIVE, MBH akan mengadakan Jualan Akhir Tahun dengan pelbagai diksaun dan hadiah percuma yang menarik untuk pelanggannya pada 18 November, 25 November dan 2 Disember 2017.
Pengasas MBH, Puan Yaya Mohamad kata ramai dah rajin buat live tutorial makeup di laman sosial yang kini menjadi suatu fenomena yang luar biasa. Ini menunjukkan industri kecantikan semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia.
Sepanjang live ini berlangsung, korang berpeluang menangi pelbagai hadiah menarik tajaan dari MBH Dermacare, MBH Cosmetic, MBH Haircare, Zaira Exclusive, La Diva dan Caras by Qasrina Qas.
Mereka yang  berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini boleh ke laman web www.mbhmedispa.com dan www.haircare.com.





You May Also Like

5 comments

  1. main mekap2! mesti best, even IQ tak reti mekap. hehe

    BalasPadam
  2. Woww menarik..siap.blh menang hadiah lagi tuu

    BalasPadam
  3. Bestnya kalau dapat join, dahlah suka mekap² ni.

    BalasPadam
  4. Very informative site regarding hair care, I visited this place and found it very useful and helpful I love to visit again on this site the purpose is hair fall

    BalasPadam