Akhirnya dapat gak rasa Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau , Sepang.

by - Isnin, November 06, 2017

Setiap kali lalu , aku hanya mampu pandang jer. Nak singgah , tak sempat. Ada je keje nak diuruskan. Ditambah lagi dengan anak anak yang masih kecil , nak makan kat luar ni kekadang kena pikir banyak kali gak.. Boleh huru hara restoran tu nanti.

Hari ni , sebelum aku berangkat ke Jepun , aku plan nak makan makanan yang istimewa. Terfikir gak... aku tak nak gi area jauh jauh. Tiba tiba teringat restoran Chef Joe ni. Dekat je ngan rumah aku. Baru je beberapa bulan bukak atau lebih tepat lagi , berpindah lokasi. Heeee..

Ok.. aku nak tapau jer. Orang kata kalau nak tau makanan tu sedap ke tak , try tapau ! Haaa... aku nak cuba la.. Hee.. Memang ada makanan , bila tapau , kesedapan dia berkurangan. Tapi makan kat restoran dia , fuhh.. sedap berasap ! Huhuh..  Aku mampu huhu je la.. 



Banyak pilihan. Aku tetap nak cuba nasi ayamnya dulu. Kalau nasi ayam sedap , mesti yang lain sedap. Tu pendapat aku la.. hee.. pendapat korang , aku tak tau. Aku pun order 3 bungkus. Satu aku , Qhaliff dan Zahra. Wife , aku terlupa nak order... boleh ? Hahahaha.. Ada la sebabnya aku 'terlupa' tu. Bukan gaduh yer. Biarlah rahsia yer. Tapi yang pasti , selepas ni akan buka minat dia untuk ke sini lagi. 
Ok... suasana mendung.. hujan baru berlalu. Sejuk jer. Memang best la layan makan kat sini. Parking pon mudah dan paling menarik , layanan yang tip top ! Dan tak sampai 10 minit , siap permintaan aku. Huhuh..  Terus ke kereta. 
Qhaliff dan Zahra , tunggu dalam kereta pada awalnya sebab Zahra tidur. Bila dah jaga , aku bawak turun. Seperti diduga, ada je diorang mintak makanan tambahan. Aku beli kerepek untuk diorang dan Thai Rolls untuk aku dan wife. Aku tau , wife mesti suka punya. Aku pon antar whatsapp kat dia.. kasi terliur ! Hahahaha.
Nyesal lak beli dua. Tak cukup ! Hahahah
Makan siap. Bawak balik. Tak sabar nak rasa nasi ayam mafia yang jadi pilihan utama kat The Dangau tu.  

Dan di rumah... aku makan dulu. Qhaliff dan Zahra tunggu dulu. Tengok jer ! Hahahaha... Bukan apa... kang nak kena suap diorang , 2 untuk aku... satu untuk diorang ! Aku gak kenyang. Hahaha.. Aku makan dengan pantasnya. Manusia paling pantas makan di atas dunia. ! Hahahaha.. 
Siap makan. Pastu aku buat buat terkejut..

" Qhaliff... daddy dah makan semua ! Opss... sorii.. ". Muka dia tak puashati. Terus tengok bekas yang aku makan. Marah dia ! Tak pernah tengok dia marah kalau nasi yang dibeli abis ! Ternyata dia tengah kelaparan atau sememangnya nasi ayam tu menarik minat dia.

Aku gi minum air kat dapur. Tiba tiba Qhaliff datang menyerang. Dia 'tanduk' peha aku. Sakit siut ! Hahahaa...

" Sapa suruh kasi abis nasi ayam. Abis Qhaliff nak makan apa ?? ". Tanya dia. Adeh , birat gak tandukan dia. Terus aku mengalah. Angkat bungkusan nasi untuk dia. Seronok dia ! Adehh... mesti terliur dari dalam kereta lagi.

Siap  makan.  Giliran aku suap diorang . Ternyata berselera. Aku tanya diorang.. sedap ke ? Masing masing mengangguk ! Sedap ! Nak try ? Boleh buat pertanyaan atau booking di Facebook Chef Joe @ The Dangau.

You May Also Like

8 comments

  1. Perghhh. Mengancam gila nasi ayam dia. Terliur dah ni 🤤🤤

    BalasPadam
  2. Wahhh nampak sedap nasi ayam dia, nanti boleh pergi makan kat sini.

    BalasPadam
  3. Memang hebat bro Ben...syukur nikmat kmakanan lazat berkhasiat

    BalasPadam
  4. terliur pulak tengok gambar makanan ni

    BalasPadam
  5. perghh..boleh tahan terasa menitik tgk...

    BalasPadam
  6. nama dia thai rolls ker vietnam rolls ker lantaklah...yang penting aku tahu sedap.....ehehehehe

    BalasPadam