Aku terkeliru. Saderi atau saleri ?

by - Jun 12, 2020

Hehehe.. maafkan chek naaa ! Lama chek tak masuk dapoq ! Hahahaha.. Masuk la sangat yer. Masuk pun untuk minum air dan basuh pinggan mangkuk. Tu pun lepaih kena jegil  ngan bini ! Hahaha.. Garang nooo bini ? Hehehe.. Biasa jer. Malas nak bertekak. Ko ngalah je la nak ! Lagi pun , takkan dia je nak buat kerja rumah kan ? Kena la bergotong royong.. Satu untuk aku.. dua untuk dia... satu untuk aku.. tiga untuk dia ! Barulah adil dan saksama.


Ok ok.. tu bukan isunya. Isunya sekarang ialah... kekeliruan aku sendiri ! Mungkin korang dah kenal Tapi aku yakin ramai lagi tak tau bezakan saleri dan saderi ! Haaa.. Jangan risau. Takda kaitan dengan paderi mahupun Ahmad Nazeri. 

Isunya aritu la.. aku buat jus sayur tu ha.. Aku cakap kat bini aku , aku nak celery atau saleri. Dia belikan je la. Tapi aku tulis dalam blog , saderi ! Dek kerana aku pernah baca sebutan betul dia. Pastu dia kata aku salah ! Marah la aku ! Apa lak salah ??? Aku blogger ! Always right ! Tak mungkin left sama sekali ! Huhh...

Dia malas bertekak. Aku tak puashati dia buat tak tau. Aku perlu pertelingkahan ! Barulah tanda kemakmuran rumahtangga. Ni takda gaduh pun.. tau tau beranak ! Boring arrr... 

Maka aku google. Mencari kebenaran yang hakiki. Dan jumpa. Er... 

Ini saderi atau daun sup. 

Ini celery atau saleri ! Yang ni bagus untuk buat tekanan darah turun. 

Haaa... Nampak tak perbezaan dia ? Pasni jangan silap buat jus lak. Kang jadi sup lak ! Hahahaha.. Yang daun sup , batang dia leh makan tak ? Kalau celery tu memang orang bedal batang dia. Daun tak tau la aku. Aku bedal je semua. Hahahhah..

Haa.. ni satu lagi isu lak.. Tau daun parsii dan daun ketumbar ? Haaa.. diorang ni adik beradik tapi lain ma, mak bapak ! Pandai pandai la korang google cari jawapan ! Hahahaha.. Aku nak masak nasi goreng USA . Korang tau apa tu nasi goreng USA ? Udang , Sotong dan Ayam ! Bukan Amerika tuu haa.. !

You May Also Like

8 comments

  1. Hahahaha.. Senangvtanya org kedai la

    BalasPadam
  2. hehe.. nama dekat2 kan mmg confuse.

    BalasPadam
  3. laaaa...Sal pun confius gak ...tq atas pencerahan cikgu !

    BalasPadam
  4. Macam nak sama namanya😅 kita keliru juga kadang

    BalasPadam
  5. ingatkan saleri dan saderi sama...

    BalasPadam
  6. Ni celery in english tapi in bahasa i m not to sure also

    BalasPadam