Terima kasih Air Asia !

by - Jumaat, Jun 05, 2020


Hurm... sedih membacanya. Tapi apakan daya, seluruh dunia terkesan dek kerana Covid 19 ni. Sapa sangka kan ?  Sangat mengejutkan tapi bagi mereka yang dah sediakan payung sebelum hujan , pastinya menarik nafas lega. Terkesan tapi tak teruk. Masih boleh terus hidup berbanding yang terus hilang punca pendapatan. Pening nak pikir bayar hutang dan juga nak teruskan kehidupan. Apatah lagi jika dah ada keluarga. Moga Allah membantu mereka. 

Air Asia... sesungguhnya aku sangat terhutang budi dengan Air Asia. Antara kenangan terindah aku bergelar blogger adalah bersama Air Asia. Aku takkan lupa sampai bila bila. Jutaan terima kasih buat En.Fairuz Majid ! Dialah insan pertama yang membuka pintu pada aku menjadi blogger travel ! Huhuhu.. Tak sangka sama sekali. Impian aku jadi kenyataan ketika ni. Kalau korang dah follow aku punya blog ni mesti dah tau apa cerita , kan ? Tapi bagi yang tak tau.. meh aku ulang tayang.. Hahaha. Korang boleh baca di entri Kenangan yang tak mungkin aku dapat lupakan ! Terima kasih Air Asia !!

Dan yang kedua , ke Jepun. Aduh.... tak sangka la weh.

"  Invitation: AirAsia X's Familiarisation Trip to Universal Studio Japan 

Dear 

​Ben Ashaari​

AirAsia X, the low-cost long-haul affiliate of AirAsia is collaborating with Universal Studios Japan (USJ) in Osaka for a familiarisation trip from 24th - 28th September 2015 (5D/4N). ​

Together with Universal Studios Japan, we would like to highlight AirAsia X's flights to Osaka, Japan as well as showcase the home of the only Harry Potter theme park in Asia to you and your blog readers and social media followers.​

We would like to extend an exclusive invitation to you to join us on this familiarisation trip and kindly see below for the tentative flight schedule and itinerary for your reference:  “


Sesungguhnya inilah antara rezeki aku bergelar blogger. Ikutkan banyak lagi tapi ini yang antara yang terindah sebab ianya melibatkan syarikat penerbangan terkenal di dunia dan impian aku untuk bersama mereka , tercapai ! 

Buat mereka yang terlibat dalam pemecatan tu , jangan pening kepala. Anda ada skill. Anda ada pengalaman. Anda boleh terus melangkah. Ini masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. Mana tau , ianya lebih mencabar dan sesuai untuk anda.. kan ? Tarik nafas panjang panjang.. rangka plan bersama rakan rakan yang boleh dipercayai. Anda masih ada INTERNET ! Manfaatkan dengan sebaiknya. 

You May Also Like

6 comments

  1. Sedihkann...holiday aku pun bulan 9 ni entahlaaa...
    Pakcik aku pilot AA masih lagi ON bekerja, cuma takde le terbang...harapnya kekal laaa hingga wabak lesap..simpati pada mereka yang tiada kerja tu :(

    BalasPadam
  2. Rezeki , syukur. Insya Allah akan datang ada yang lebih baik.

    BalasPadam
  3. InshaAllah moga mereka terus boleh berkongsi setiap pengalaman kerja yang dimiliki sebelum ini.Sentiasa ada rezeki bagi mereka yang terus berusaha kerana Allah.

    BalasPadam
  4. Kesian. Tapi takpe, pasti ada rezeki yang lebih baik Allah dah aturkan untuk mereka. Bersabar jer

    BalasPadam
  5. mudah-mudah mereka yang diberhentikan itu akan dapat rezeki yang lebih baik lagi.

    BalasPadam
  6. InsyaAllah ada rezeki untuk mereka. Sabar dan berusaha, jangan putus asa.

    BalasPadam