Apa dah jadi dengan Gegar Vaganza 2020 ?????

by - Disember 07, 2020

 

Separuh akhir Gegar Vaganza 2020 yang tidak berjaya menarik minat aku untuk menontonnya dengan sepenuh hati. Kenapa ? Aku tercari cari gak punca... Pengacaranya  terutama si Nabil makin membosankan ? Lawak yang sama setiap minggu ? Atau muzik dari para peserta yang cam.. hurm.. agak kelam kabut ??? Tapi bila Indigo muncul , terus terasa ketenangan gitu.. Baru terasa macam ada konsert gitu.. 

Seperti yang aku jangka laa... muka muka feveret ke final adalah Mus , Linda dan pastinya Hashira , Ayu tu dari awal berjaya mengekalkan prestasinya. Noraniza Idris ? Cliff ? Hurm... Oja ? Untung Oja ada rambut panjang. Hahahaha.. Gitu gak la dengan Cliff.. Realiti.. Suara ? Hurm... tarikan ketika mengadakan persembahan ? Hurm... Nasib baik Astro perlukan mereka untuk pastikan tarikan penonton atau masing masing akan ke TV3 ! Heheheee..

Aku dah jangka Cliff akan terkeluar untuk selamatkan 'Noraniza Idris' !  Tapi penonton tv nak Noraniza Idris terkeluar ! Haaa.. Dan aku sokong kali ni la.. Cliff lebih ok berbanding Noraniza Idris. Sepatutnya Kak Ani terkeluar sebab kurang menyengat tapi dek kerana nak jaga air muka , dia 'diselamatkan'. Nah... inilah politik dunia hiburan. Hahahaa.. Kena hadamkan je la.. Dua dua masuk final ! Boleh ? Hahaa..patutnya salah seorang tu terkeluar dah..

Haa.. satu lagi.. Muss ! Hurm.. dia ok. Semua lagu dia boleh bawak. Seperti yang aku jangka. Dia kan dah biasa layan lagu lagu pelbagai genre. Cuma bagi aku , dia masih belum menonjolkan star dia lagi. Setiap kali persembahan dia, boleh jangka dah bagus dia tapi tak de Umphhhh ! Ada tu ada tapi tak power sangat ! Hanya boleh LAYAN persembahan dia. Nak bangun tepuk tangan tu.. tak de la.. 

Juara Gegar Vaganza ? Aku rasa antara Ayu atau Hashira.. Oja ? Hurm... Top 5. Linda bagi aku ok tapi juri macam kureng dengan dia. Perasaan aku je kot ? Gitulah pendapat aku yang tak arif pasal muzik Malaysia ni.. 

Ecece... 

You May Also Like

3 comments

  1. Noraniza Idris mmg patut keluar tapi apakan daya.... Nak jaga air muka punya pasal ... Punyalah hauk dia menyanyi tadi....

    BalasPadam
  2. Kann. Boleh nampak musim ni kurang menyengat.

    BalasPadam
  3. Tahun ni memang agak hambar GV, tapi still tengok jugaklah sebab dah terbiasa. Calon juara pun masih samar², maybe Mus atau Ayu!

    BalasPadam