Sudahlah putih lampunya , cermin gelap abis lak tu ! JPJ tidur ke ?

by - Disember 16, 2020


Makin bersepah  di atas jalan raya ! Sedih tengok. Nak tunggu ada yang mati berlanggar sesama sendiri ke ? Tau ke yang lampu putih tak ikut spesifikasi ni , mampu membutakan mata  seketika pengguna lain di atas jalan raya ? Tak kira la dari arah depan atau belakang !! Merbahaya !! 

Di mana ketegasan ? Setakat bagitau atas kertas pastu penguatkuasaan sesekali sekala.. baik serahkan je pada pihak lain untuk uruskan.. seperti PDRM ! Kasi je kuasa 100% pada PDRM untuk uruskan. JPJ ni , buat kerja dalam pejabat dah.  Pastu buat je roadblock tiap malam di kawasan kawasan tertentu. 

Cermin gelap ni satu hal lagi ! Alasan panas dan nak elakkan kes jenayah ? Hurm...  Berapa peratus sebenarnya pun nak elakkan panas dan jenayah tu ? Aku selalu je nampak kereta kereta mewah cam Merc, BMW dan sebagainya.. tak de pulak bergelap gelita sampai tak tau sapa ada dalam kereta tu ! Adalah penting untuk tahu yer.. 

Contoh bawah ni. Ko nak keluar dari parking pun payah untuk lihat kenderaan dari arah sana. Begitu juga jika berada di simpang jalan. Nak pandang kiri kanan. Kalau dah gelap macam tu, nak pandang kanan pun tak leh ? Kena tunggu dia blah dulu baru boleh dapat 100% penglihatan atas jalan jalan raya. Haih... pelik aih...



Tu baru lampu dan cermin. Belum lagi lori lori besar memandu cam babi lari bertempiran di atas jalan raya ! Malaysia ni.. bermasalah ! Dah jadi isu panas.. masa tu baru nak tuding jari ! Kalau tak cukup kakitangan penguatkuasaan... amik la ! Berapa ramai rakyat Malaysia yang berkelayakan tu menganggur.  

Cegah sebelum parah ! Jangan jadi macam kes Covid 19... kononnya terkawal. Nah sekarang ? Perlu ke wujud sorang lagi cam Bro Lando ? 

Tu belum lagi spesis tak reti kasi signal ! Haihh.. Malaysia.. Malaysia... 

You May Also Like

0 comments