Akhirnya aku kena guna spek rabun jauh dekat , silau dan tukar gelap ! Murah jer woo !

by - Selasa, Disember 01, 2020

Andai PKPB bersambung lagi , memang teruk la mata aku ni ! Kenapa ? Dok tengok handphone , tv dan laptop memanjang. Sampai nak muntah hijau dah aku. Huhu.. Dah tu, nak gi mana mana pun tak leh. Aku kan jenis ikut arahan punya orang. 

Tapi ari tu.. aku tak tahan sangat dah. Nak membaca dekat pun tak leh.. Maka aku terus ke Sungei Wang, Kuala Lumpur. Kat kedai cermin mata kegemaran aku. Huhuh... Kat sana senang nak kawtim ! Boleh la mintak kurang gitu. Diskaun kawan kawan. 

Dalam kepala aku, nak buat kanta jauh dekat siap boleh tukar gelap gitu. Nak tau gak harga dia berapa. Duit dah ready ni. Dulu, aku pernah tanya kat satu kedai spek di Alamanda. Memang aku merangkak keluar la dari kedai tu. Huhu..

Oh ya... dan nak usha gak bingkai yang terkini dan lasak. Ke nak guna je yang sedia ada. Tu pun masih ok sangat. Lasak bingkai dia. Terduduk berkali pun ok jer... 



Bingkai tahan lasak dan murah.

Model hensem ! Huhuh.. 




Dah check. Silau tu ada naik skit. Rabun dekat ada sikit je.. Huhuh.. Maklumlah dah 40 tahun gitu. Rajin tengok gadjet lak tu. Mendapat laaaaa naik oiii ! Pastu tanya harga berapa untuk kanta aku tu. Dia kasi harga RM400 jer.. Ok la kan ? Aku ingatkan beribu !! Jauh dekat dan tukar gelap untuk harga tu.. ko rasa ??? Haaa... Senang la pasni nak driving. Tak yah nak tukar tukar spek dah. Pakai satu tu jer.. 

Tapi untuk spek cam ni , tak leh la siap hari tu gak. Kena tunggu beberapa hari. Nanti dah siap , aku gi amik je. Dan mereka yang beli spek kat Eyes Vision Group ni akan dapat kain lap special ! Kan sekarang ni kita kena pakai face mask.. pastu confirm berwap spek tu.. kan kan ? Lap je dengan kain ni.. InshaAllah tak berwap dah.. Heee..


Oh ya... jangan lupa nanti , bawa anak anak yang rajin tengok gajet tu ! Sian diorang. Mintak check mata masing masing. Bukan apa.. risau nanti masuk sekolah , mata tak jelas. Terganggu pelajaran diorang. Boleh hilang mood wooo ! Nak belajar pun tak leh. 

Sebelum nak gi , whatsap dulu pon ok. Booking. Senang nanti sampai terus dilayan. Ok ? 



Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/

 

You May Also Like

3 comments

  1. Tahniah Ben. Dapat rabun jauh dekat. Memang faktor umur dan kita tak mampu sekat. Ingat lagi William ucap tahniah kat Eiza sebab kes yang sama. 😅

    BalasPadam
  2. Murah tuuuu...!! Tak dapat harga gitu kat tempat lain.
    GENG pun dah start pakai spek jauh dekat gini. Faktor usia 😅😅

    BalasPadam
  3. Yang ni tak pergi lagi.. Nanti kita peegi

    BalasPadam