KL dan Selangor masih teruskan PKPB sehingga 31 Disember 2020.

by - Disember 18, 2020


Penutup tahun 2020 yang cukup cemerlang buat Malaysia. Hehehe.. Tapi sebenarnya , aku bersyukur dengan masalah Covid 19 ni di Malaysia. Memang kesan buruk pada ekonomi tapi dari sebenarnya , ada banyak kebaikan juga. 

Apakah ??? Gilakah ??? 

Hurm... Terlebih dahulu aku minta maaf dan simpati pada mereka yang terkesan sangat disebabkan Covid 19 ni. Aku pun terkesan juga. Tapi tak seteruk mereka yang terpaksa bergolok gadai untuk teruskan kehidupan. Sejujurnya aku juga insan yang terpaksa ajak wife ke bank untuk dapatkan moretorium untuk kali ke dua. Kalau ekonomi aku ok , memang tak perlu la kan ? Huhuh.. 

Tapi dari satu sudut.. aku bersyukur sangat ! Aku dapati penduduk dunia makin jauh leka ! Malah ada yang dah sampai anggap diri tu tuhan ! Ada yang rasa tak perlukan tuhan ! Ada yang sampai nak langgar hukum alam ! Aduh.. menakutkan ! Kisah kisah kaum yang dibinasakan dalam Al-Quran , seperti satu cerita dongeng buat mereka. Huhuh.. 

Hiburan setiap masa. Di Tv pula, cerita cerita tanpa tapisan dan makin bebas. Manusia lak... seperti dah hilang akal. Lelaki kawin lelaki... Perempuan kawin perempuan. Yang pecah amanah.. salah guna kuasa. Yang gunakan agama. Adoi la.. pening ! Kadang kadang rasa lebih baik mati dari hidup macam ni. Beruntunglah mereka yang telah pergi mengadapNya. Zaman ni cukup mencabar ! 

Aku tengok negara negara yang bebas Covid 19 meneruskan kehidupan seperti biasa. Tanpa batasan. Untunglah kita.  Sekarang ni , nak berdekatan dengan orang  pun takut ! Hahaha.. Nak melepak sampai tengah malam pun tak da dah.. Tak macam dulu.. selagi tak azan subuh berkumandang... Huhu.. Kedai makan mamak , 24 jam bukak.. seolah olah tak mungkin dapat tutup punya ! 

Dan kita nampak mereka yang selama ni berkuasa.. berpangkat... tiba tiba terpaksa meniaga tepi jalan untuk teruskan kehidupan. Tak sangka tiba tiba jatuh terduduk ! Yang berkereta mewah.. terpaksa jual demi kelansungan hidup. Yang kaki joli... tiba tiba hargai setiap sen yang ada dalam poket ! 

Majlis perkahwinan.. paling menguntungkan ! Dulu kena jemput beribu orang untuk hadir. Pening kepala nak pikir mana nak cekau duit untuk bayar itu ini ! Sekarang ni , memadailah majlis kecilan saja. Cukup untuk sanak saudara je hadir ! Sapa sangka kan ? 

Insaf... 

Pada satu ketika.. dunia berputar seperti tak boleh berhenti ! Tiba tiba segalanya berputar dengan begitu perlahan sekali. Seperti pelajaran anak anak kita tu ! Aku sampai tak cukup nafas nak kejar ! Tu baru Qhaliff tahun 2. Bila tengok subjek subjek dia .. aku cam ! Wow.. tu aku belajar ketika tahun 4-5 kot ? Diorang dah terlalu laju tapi tak terkejar sebenarnya. Mak bapak kena amik kelas tambahan untuk mereka. Dan mak bapak terpaksa duduk belajar bersama sama walhal pada masa sama dok pikir camana nak cari duit tambahan dek kerana kehidupan masa kini sudah serba serbi mahal ! Dan Kementerian Pendidikan perlu fikir dan rancang segalanya kembali dengan bijak .

Nak lagi syok ? Tiap kali ada cuti panjang.. masing masing pakat tunjuk gambar bercuti sana sini. Tunjuk kehidupan mewah. Yang tidak berkemampuan, disuruh je tutup handphone ! Sapa suruh tengok media sosial ? Huhuh.. 

Nah... bila dalam keadaan begini.. baru kita nak tengok segalanya. Jiran jiran yang memerlukan bantuan. Kawan kawan yang kerunsingan hilang pekerjaan.. hilang pendapatan.. Tu belum masuk ahli keluarga kita sendiri.. Huhuh.. 

PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur. Walaupun kelihatan masing masing sudah bebas dan serasi dengan virus Covid 19 ni, bagi aku baguslah. Pub, disko tak perlu dibuka. Cuma terkesan , masjid juga turut ditutup. Ketika ni, merindui solat berjemaah walaupun dua tiga saf. 

Apakah tahun 2021 akan pulih ? Atau makin teruk ? Sama samalah kita bersedia. Kena saling membantu. Manfaatkan segala peluang yang ada. Dan cari aktiviti sihat untuk pastikan mental kita dalam keadaan baik. 

Apa pun.. ni cuma pandangan aku jer. Kena pandang dari satu sudut positif. Segalanya dari Allah. Mesti ada hikmah. Yang hilang perkerjaan tu, aku pernah lalui pada tahun 2000 gitu.. tak bekerja untuk beberapa tahun lamanya. Sedangkan sebelum tu, aku adalah insan yang penuh dengan keangkuhan. Jatuhnya aku , sangat menginsafkan. Perlahan lahan bangkit kembali... Mulakan segalanya dari bawah..

InshaAllah.. Kita jangan putus asa selagi bernyawa.. Allah ada.. Pintalah dari Dia ! 

You May Also Like

3 comments

  1. Banyak hikmah di sebalik kejadian Allah. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Stay safe stay healthy, En Ben :)

    BalasPadam
  2. Amin..

    Semoga apa yang berlaku sekarang, kita sama-sama ambil iktibar dan improve diri.

    BalasPadam
  3. Setuju ayat akhir. Allah ada .. minta dengan DIA.insyaAllah yang baik2 jer buat kita semua.

    BalasPadam