Bila cari barang tak jumpa.. mula menuduh sapa yang simpan !

by - Disember 04, 2020

 Aku nak buat jus ulam. Jiran sebelah umah aku ada banyak tanam ulam tapi takda yang nak makan sangat. Hahaha.. Aku suka tapi aku malas nak makan nasi ! Huhuh.. Camana tu ? Teringat akan blender yang pernah aku beli satu tika dulu yang mana aku gunakan untuk blend protein aku bersama pisang, aku cari semula. Terpaksa cari semula dek kerana wife suka simpan di sudut hati ku  tempat yang aku kena punggah ! Hahahaa.. aku malas nak memunggah sebab nak susun balik tu. adoi laaa.. letih ! 

Tapi nak tak nak , aku kena cari gak la.. Nak guna la katakan. Tengah bersemangat waja untuk mengekalkan awet muda. Barulah aku tau camana perasaan akak akak di luar sana tu beria menjaga keanggunan bila usia dah cecah 40 an. Hahahahaha.. Welcome to the club ! 


Pasal blender tu, leh baca kat entri ni .. Ini semua salah group Suami Masak Apa Hari Ini ! 

Cari punya cari punya cari... satu minggu cari tak jumpa ! Botol ada. Mesin dia ada tapi yang takda.. pengisar dia tu ! Mana aku letak ?? Mustahil aku letak merata rata !! Aku takkan letak tempat yang aku payah nak cari punya. Biasanya aku akan letak depan mata aku jer. Tapi kat mana ? Tanya wife , dia jawab seperti para isteri yang lain.. " Ada la kat situ.... cari jer.. ".

Akhirnya dia pun tolong carikan.. Dan YESS ! Aku akhirnya betul juga !! Biasanya mesti dia akan jumpa. Tapi kali ni, dia pun gagal jumpa.  Lalalalaaaalalaaaaa...  Dia kata aku mungkin dah buang ketika bersihkan blender tu. Aku kata mustahil ! Takkan aku nak buang kot ? Aku salahkan dia letak merata rata. Suka benar menyusun barang pastu nak cari balik , payah ! Huh.. 

Dan awal minggu ni, aku order satu lagi kat Lazada. Harga jauh lebih murah dari yang asal aku beli. Takda brand pun tak pe la.. Asalkan boleh guna ! Huhuh.. 3 hari menanti dengan penuh kesabaran. Harap berbaloi dan sama seperti yang hilang. Jika sama , maka aku ada mesin pengisar backup jika rosak nanti. Heee... 


" Pin pin... " . Hon van J&T di depan umah ! Yesss ... yess !! Bergegas gi amik. Dan koyakkan pembalut dengan penuh gelojoh. Syoknyaaa ! Boleh dah buat jus pasni. Huhuhu... Nak minum air yang sihat sihat jer.. Elak diabetis wooo ! 

Aku bukak kotak dia. Dan tengok benda yang aku nak sangat tu ! Kemudian aku amik mesin yang lama. Nak test boleh masuk ke tak. Kalau boleh gunakan , maka untunglah aku. Huhuh.. Kalau tak boleh gunakan , maka yang lama tu bakal jadi tukun tiruan je la. Uhuk.. kerugian sudah aku. Mahal woo beli.. RM100+ 


Tiba tiba aku tegamam ! Huhuuu ! Takkan kot ??? Apakah kauuu.. kauuuu... selama ini kat situ ke ??? Gelak besar aku. Terus call wife. Video call ! Tunjuk kat dia gak.. 


Mampu tepuk dahi je la nak oi ! Dah tak pasal pasal ada dua. Adoi laa... Dan ternyata benarlah kata orang perempuan... Orang lelaki ni , cari barang.. depan mata pun tak jumpa ! Memang depan mata dah tuuu.. pon tak jumpa ! Hahahaha... 

Sapa nak beli satu lagi ni ??? Aku nak jual. Siap ada tandatangan aku.. Nak ? Hahahaa..



You May Also Like

3 comments

  1. Betul-betul tak nampak tu. HAHA. Rezeki seller tu, alhamdulillah. Yeah, langkah-langkah menuju ke arah gaya hidup yang sihat.. Makan/minum sayur dan buah. Keep going En Ben.

    BalasPadam
  2. Biasa lah tu ben. Haritu, masa nak gosok gigi, tercari-cari mana perginya berus gigi. Tak sedar rupanya dah ada dalam mulut.

    BalasPadam
  3. Hahaha lain kali carik la bebetul .. mata kena celik besar2 sikit .. brulah jumpa .

    BalasPadam