Kau nak bohong sapa ni ????

by - Disember 14, 2020

Tergelak besar aku bila membaca alasan dia. Hahahaha... Apa punya nama dia pilih untuk stadium tu ? Gabungan bahasa Greek dan Arab ? Hahahahaa... Ko pikir ko sekarang di zaman tv hitam putih ke ? Agak agak la skit pun nak kasi alasan. Jangan buat orang lain tu cam takda akal jer. Hadoi laaaa... 

Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di daerah itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.

Nnama baharu stadium berkenaan tiada kaitan dengan namanya dan hanya secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan. Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat, manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sempena nama malaikat,"

Hakim Ariff yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata, selepas dilakukan penambahbaikan dan penjenamaan semula stadium berkenaan, pihaknya mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.

“Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu,” katanya. Artikal dari sinarharian.com.

Ko rasa ? Hahahahaha.... 




Amenda laaaa weh ! Kalau takda kaitan pun nama, takkan macam tu punya nama stadium ko letak ? Ko kat mana ni ??? Jepun ?? Korea ??? Melucukan ! Dan memalukan ! 

You May Also Like

4 comments

  1. Dia ingat rakyat marhaen ni tak pandai pikiaq kot hahahaha

    BalasPadam
  2. macam2 la ni.. kita buat hal kita jer la.

    BalasPadam
  3. Confident tahap dewa tu bagi alasan…..hahaha Budak darjah 6 pun bleh agak….pastu kata org tak faham hahaha LAWAK

    BalasPadam