Bertuah isteri kau dapat kau , Ben !

by - Disember 28, 2020

Pergh... komen seseorang yang tidak aku kenali di Instagram. Aku ada post satu keping gambar dengan seutas rantai emas yang bukan milik aku mahupun isteri aku. Hahaha... Saja je memain gitu... Orang punya haih.. Lom mampu nak beli banyak banyak lagi. Komitmen masih menimbun ! Huhuh.. 

Saja je nak amik mood mengumpul EMAS di kala zaman Covid 19 ni. Dengan pelbagai cerita cerita mengenai tahun mendatang , masing masing dah mula merancang masa depan. Aku dan wife pun begitu juga. Pengalaman awal PKP hinggalah ke hujung tahun 2020 , sangat mengajar kami. Nasib baik la ada menabung sedikit dan tidak banyak berhutang. Huhuh..

Orang kata ini ubat demam sang isteri. Tak dapat dinafikan dah. Boleh seminggu senyum woo ! 

Bertuahkan isteri aku dapat aku ? Hahaha.. Sejujurnya, aku yang bertuah dapat dia. Sejak bujang lagi aku sering berdoa pada Allah... berikan aku seorang wanita yang mampu menegur aku dan membetulkan kehidupan aku ! Wanita itu akan aku jadikan isteri buat aku. Dan Alhamdulillah.. perkenalan aku dengan wife di laman chatting memberikan hasil. Hahahaha. Panjang cerita tu.. Banyak dia bersabar dengan karenah aku. Tapi dia pun leh tahan garang. Leh menikus gak la aku kekadang dibuatnya. Hahaha.. 

Ujian buat kita , pelbagai bentuk. Yang belum bertemu jodoh , jangan sesekali putus asa. Kena rajin berdoa padaNya. InshaAllah ada jodoh buat kita. Senantiasa minta yang terbaik buat kita. Jika belum sampai jodoh tu, jangan kalut.. Ada hikmah semua tu.. 

Kawan di gym tadi.. dia ada tanya aku.. pasal jaga badan ni. Aku cerita la yang aku ni workout dari zaman bujang hingga dah beranak 3. Dia tanya isteri camana ? Dia kasi green light ke ? Aku jawab je la.. Carilah isteri yang bukan sekepala dengan kita ! Hahahaa.. Tapi kena bagitau dia akan minat kita. Kenapa dan mengapa kita minat benda tu. Serta kebaikannya.. Haa.. tu jer. Tak perlu nak menipu pun. Heee.. 

Yer.. aku yang bertuah dapat dia..Kalau dia kasi kawin lagi 2. lagi bertuah aku.. 


You May Also Like

3 comments

  1. Ayat yang dicancel tu . x leh blaaa.. hahahahahaa... Sesama syukuri apa yang ado

    BalasPadam
  2. hahaaaa....ada hati bro kawin 2....bagus!!!

    BalasPadam
  3. perrrghh! Enri romantik. Confirm isteri aben berbunga-bunga hati bila baca entri ni. Tahniah dapat isteri yang solehah dan memahami

    BalasPadam