Kenapa aku suka menjemur pakaian berbanding dari guna dryer tu ???

by - Khamis, Disember 24, 2020


Bila nampak tweet Info Sihat ni , aku cam.. " Eh , bukan bawah jam 9 pagi ke ? Selepas 9 tu tak elok dah ? ". Kemudian nampak balasan dari pengguna Twitter yang lain , turut mempertikaikan ! Aku tak nak la nampak cam bodoh skit kan.. hahaha.. Berkat pengalaman menggunakan Interet berpuluh tahun lamanya, aku gunakan... GOOGLE ! 

Yer.. gunakan GOOGLE untuk cari info seterusnya memproses jawapan tersebut. Nah... info pasal kebaikan cahaya matahari ni banyak dah ditulis ! Kalau dalam bahasa Melayu, banyak juga dari Indonesia. Dari Malaysia ada beberapa artikal yang bagus untuk dibaca. Selepas tu baru boleh pertikaikan Tweet tersebut.. kan kan ?

Nah.. jadi jam berapa sebenarnya ni ? Bawah jam 9 pagi atau atas ?? Ada yang kata.. selepas jam 10 pagi hingga 3 petang. TAPI ! Jangan lebih dari 15 minit jika berjemur tu.. Haaa.5 mini pun dah memadai. Lakukan 3 kali seminggu. Ada yang kata atas jam 11 pagi. Tapi apa pun jawapan  bukanlah bawah jam 9. Matahari baru muncul ketika tu... jadi nak dapat cahaya camana kan ? 

Apakah kebaikan cahaya matahari pada kita ? Ada banyak manfaatnya cahaya matahari pada kita. Antaranya adalah untuk memperkuatkan tulang. Menurunkan tekanan darah.Memperbaiki mood korang yang mungkin sedang murung tu ! Memperbaiki kualiti tidur. Bagus untuk kulit, mata , rambut dan juga menurunkan berat badan. Dikatakan juga bagus untuk meningkatkan imunisasi badan. 

Nah... sebab tulah aku suka menjemur pakaian pada jam 10 pagi gitu... Hehehe.. Dapatlah cahaya untuk kegunaan tubuh badan aku.. Heee..


Sekarang... korang dah ada alasan untuk menjenur baju tak ?

 

You May Also Like

1 comments

  1. terbaik jangan le panjat pagar , nnt ada yg buat repot ada org nak bunuh diri pulak hahaha!

    BalasPadam