Punca aku kembung perut semalam dan bagaimana nak hilangkan ?

by - Disember 09, 2020


Aku buat minuman ni seperti biasa.. Cuma aku ada tambah satu benda lagi ! Apakah itu ? Yogurt ! Ada yogurt.. susu segar dan whey protein. Kacang badam, telur dan juga pisang. Tapi kali ni , aku kekembungan perut ! Aku tak tau di mana punca. Ketika minum semua ni, ok jer.. tapi selepas tu..

Nah.. aku recall kembali pemakanan aku semalam. Lepas minum air ni.. aku makan. Ada letak sambal belacan. Ada sambal belacan tu , baru ada selera nak makan. Hahaha.. Memang bertambah la. Ok, satu kesilapan di sini dah. Kemudian aku minum satu air detox yang wife aku buat. Dia beli herba detox tu kat kedai arab. Sedap . Takda gula pun. 

Tak lama kemudian terasa perut lain macam ! Sakit perut.. gi toilet. Berkali gak la membuang. Pastu kembung. Angin nak keluar tak dapat. Mula terasa bisa di badan. Tak senang duduk dah. Mulut terasa payau. Mual ! Anak anak keseronokan laaa.. Tak payah belajar. Enjoy memasing. 

Keluar masuk tandas. Sekali dua muntah. Buat pertama kalinya, sejak jadi orang tua ni.. aku muntah. Wife yang dah balik kerja , gelak tengok aku. Katanya macam ni la rasa ketika mengandung. Adoi laa.. boleh pulak dia nak samakan ketika ni.  Qhaliff bantu aku redakan ketegangan dengan buat urutan lembut di bahu.. memang keluar la angin tapi tak puas ! Wife gitu gak.. 

Apakah punca? Aku google ! Cari jawapan... Dan jumpa. Ada banyak blog menulis pasal ANGIN DALAM BADAN ni. Hurm... antara blog yang aku baca mengatakan punca angin dalam badan ni disebabkan banyak minum tenusu ! Hurmm... 

Kurangkan pengambilan makanan banyak angin

Terdapat makanan tertentu yang cenderung menyebabkan pengeluaran gas yang berlebihan, termasuklah:
  • Produk tenusu seperti susu lembu, keju dan yogurt
  • Makanan tinggi serat termasuklah kacang dan lentil
  • Sayur-sayuran tinggi serat seperti sayuran cruciferous termasuklah kubis, bunga kubis, brokoli dan brussel sprout.
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Buah-buahan yang mengandungi fruktosa atau gula buah yang tinggi, seperti strawberi, nanas dan pisang
  • Gandum, barli dan rai (tetapi bukan biji-bijian lain seperti gandum, buckwheat dan quinoa)
  • Makanan tinggi lemak, bergoreng dan pedas
  • Minuman bergas dan alkohol
Setiap individu adalah berbeza. Sesetengahnya mungkin mendapati produk tenusu menyebabkan gas yang berlebihan manakala individu yang lain, kekacang atau sayur-sayuran merupakan punca utama. Bila gabungan pilihan makanan melibatkan banyak yang ada angin , memang mengundanglah ! 

Aku baring. Tidur. Angin sibuk nak keluar. Jadi tak selesa sangat. Akhirnya aku hidupkan treadmill aku. Aku berjalan kaki hampir setengah jam. Dan memang mujarab tips yang diberikan tu. Katanya.. 

Petua mengurangkan angin dalam badan :
  • Bersenam - Senaman atau pergerakan secara fizikal turut menggerakkan usus anda. Ini bermakna, gelembung gas yang terhasil dalam usus akan dibebaskan. Anda tidak perlu melompat atau berlari selepas makan, tetapi berjalan selepas makan boleh membantu mengurangkan angin dalam badan anda dan melegakan kesakitan akibatnya. Namun, sekiranya anda masih mempunyai angin dalam badan, anda boleh mencuba melakukan lompat bintang ringan, menyentuh jari kaki anda atau berlari kecil untuk menggunakan graviti bagi memaksa angin ditolak ke bawah. 

Selain bersenam , cara nak hilangkan angin dalam badan ialah dengan minum air suam perlahan perlahan dan juga boleh minum air teh pudina hangat. Air halia , air rebusan daun betik juga bagus untuk hilangkan angin. Kalau tak larat nak buat semua tu, suruh je sapa sapa urut badan tu.. huhu.. 

Angin dalam badan ni memang boleh hilangkan mood seseorang. Maka jangan main main la bila orang ada angin ni.. tak kira la naik angin ke, buang angin ke.. time time gini , jangan buat gurau.. kang tak pasal pasal korang boleh hilang di telan angin dek kerana ditampar atau kena terajangan angin tanpa bayang.. Haa ! 


You May Also Like

3 comments

  1. info bermanfaat, lepasni kena lebih berhati hati.

    BalasPadam
  2. Pasni kalau kena lagu ni dah tahu laa nak buat lagu mana. Rtu penah kena gak, rasa2 dah tau sebab apa kalau ikut apa yang ditulis kat ats ni. Tq kongsi info.

    BalasPadam
  3. kalau sue,teh halia paling mujarab la kalau angin satu badan...

    BalasPadam