Kata Zahra.. Im gonna miss u , daddy !

by - Disember 18, 2020

Wife bagitau Zahra kena hadir pada hari terakhir di Tadika Arina , Putrajaya. Selepas ni , dia dah masuk Tahun 1. Huhuh.. Sekejap je masa berlalu. Penuh dengan misteri. Tak tau apa yang akan ada pada hari esok. Segalanya dah berubah. Tidak seperti dulu.. boleh jangka atau boleh atur segala perjalanan kehidupan.. Huhu.

Semalam , terbaca satu berita kemalangan. Suami isteri , cedera tapi 3 orang anaknya meninggal dunia dalam kejadian tu. Cukup menyayat hati aku membacanya. Aku boleh rasa camana rasanya sekiranya kita memang rapat dengan anak anak. 

Semalam. sebelum tidur.. Zahra cakap kat abang dan adik dia yang dia kena pergi sekolah. Tak boleh main game sama sama. Pastu dia akap kat aku.. 

" Daddy... Im gonna miss u ! ". Senyum pandang aku. Pastu peluk aku. 

Adoi la budak ni. Buat aku rasa serba salah lak. Pandai sungguh dia main emosi dengan aku. Dia tau aku ni mudah tersentuh dengan perangai dia. Saja saja buat garang dan tegas walhal... huhu.. memang mudah cair dengan anak anak. 



Pagi ni.. dia bersiap. Aku pandang dia. Nak lepas ke tak ? Nak kasi gi tadika ke tak ? Tak kasi... kesian lak. Ada majlis perpisahan dan hari terakhir dia. Nanti takda kenangan lak. Huhuh.. Aku pun kasi je la dia gi ngan mak dia.. 

Dan dalam kereta ketika nak bertolak pergi... dia menjerit.. 

" Daddyy... i miss u !!! " sambil melambai ! 

Haish... anak dara sorang ni kan.. Dah tak pasal pasal aku tak sabar nak gi jemput dia balik petang karang.... 

You May Also Like

1 comments

  1. Pandaiii memgoyahkan emosi daddy dia ni .. anak pompuan yang rapat ngan ayah ni bagus tau.. macam anak saya la yang sulung pompuan mmg rapat giler ngan abah dia. G mana2 pon abah. Nak apa2 pon abah. Beki barang pon ajak abah. Anak abah la katakan tambah2 plak anak sulung..

    BalasPadam