Jangan risau ! Mak bapak kau tak nak duit kau tu !

by - Sabtu, Disember 26, 2020

Komik ringkas penuh makna dari Galeri Sentuhan Arif San ni bagus. Sejujunya aku sedang melalui fasa membesarkan anak anak. Dan ketika fasa inilah sangat penting buat anak anak kerana apa kita buat  dan tunjukkan pada anak anak.. mereka contohi ! Tak kira baik atau tidak.. mereka akan menirunya. 

Dalam membesarkan anak.. kita pasti akan terimbas saat kita kecil dulu. Bagaimana mak ayah kita tunjukkan contoh pada kita dan kita sedang lakukan pada anak anak kita pula. Dunia berputar.. Maka berhati hatilah.. 

Cuma part akhir tu... aku rasa yer.. betul.. jangan kedekut dengan orang  tua ! Murah rezeki kita kalau kita ringankan hati tu memberi pada orang tua. Cuma perlulah tau, orang tua kita tu tak meminta.  Kalau dia meminta tu, benar benarlah dia dalam keadaan terdesak. 

Apa yang orang tua kita nak cumalah.. kita jaga keluarga kita dengan baik.. besarkan cucu mereka dengan sempurna.. berikan didikan yang secukupnya dan rajin rajinlah ingat mereka. Tak dapat balik , telefonlah selalu. Tu dah lebih dari cukup.. buat mereka ! 

Bukan apa.. setiap saat.. mereka akan kenang kembali saat saat anak mereka membesar. Tau tau sekarang , dah berkeluarga. Dah duduk jauh dari mereka. Sedangkan dulu, setiap saat jadi pengadil. Menyuraikan pergaduhan adik beradik dan berusaha menjadi hakim yang adil.. kan kan ?










 Buat mereka yang bergelar anak , dan masih punya ibu bapa... hargailah. Kita dah tau camana Covid 19 memisahkan kita dengan mereka kan ? Tak boleh jumpa untuk beberapa bulan. Pastu dah tak boleh bersalaman. Tak boleh berpelukan.. Nah.... perit rasanya kan ? Hargai masa. Kalau bukan mereka pergi dulu, mungkin kita.. 

You May Also Like

2 comments