Runway 33 , Nilai sediakan hidangan istimewa Sarawak oleh 'orang kapal terbang' !

by - Disember 20, 2020


Sahabat aku , Mr. Mohd Fairuz atau Boy , bercerita mengenai satu cafe yang baru buka di depan gym yang biasa kitorang pergi. Katanya situ ada Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Aku bukan pengemar Laksa Sarawak dan tak pernah makan Mee Kolok... kalau pernah pun , aku tak ingat ! Hahaha.. Dan satu hal lagi, bagi aku semua laksa sedap ! Haaa.. Tapi masing masing ada tarikan tersendiri ! 

Tapi selepas si Boboi ni cerita pasal Runway 33 ni , aku terus cam.. teringin gitu ! Yelah.. mamat ni kaki makan. Citarasa dia memang aku leh percaya ! Hahahaha.. Tu pasal susah nak dapat 6 packs. Bila nak muncul. hancur dengan makanan ! Tak pe... hidup kena enjoy. Seimbangkan... kan kan ? 

Setiap kali aku pergi gym , aku perhati je cafe ni. Ramai juga yang datang walaupun baru dan lokasinya yang sukar dikesan.. Bagi aku la.. Hahaha.. Maklumlah , Nilai kot ??? Hehehehe.. Tapi yang aku perasan, ramai yang datang adalah dari geng geng kapal terbang ! Haaa... Latarbelakang pemilik pun bukan calang calang. Dan yang bekerja pun nampak pun cukup berpengalaman atas kapal terbang. Memang terasa macam dalam kapal terbang lak ! Hahaha.. Terubat rindu nak terbang dilayan dengan pramugari.. hahaha.. 

Ok... Aku ringkaskan... Tempat ni memang takda masalah dengan parking. Servis tip top! Takda masalah dengan kebersihan. Ada tempat duduk seperti seat dalam kapal terbang gitu. Nah...  ni yang bagusnya.. setiap kali aku siap workout sebelah malam , jika cafe ni takda pelanggan.. mereka akan pasang dengan ayat-ayat Al Quran malah kedengaran pertanyaan bab solat juga. Maknanya mereka ambil berat bab agama juga. Alhamdulillah.. 

Malam tadi , aku gi makan bersama keluarga aku. Saja nak rasa la.. Mee Kolok , Laksa Sarawak dan Mee Hon Sup ! Hahahaha.. Adoi laaa.. adoi ! Hancur diet aku.. Hancur ! Kenapa ???? Aku bertambah tambah makan. Semangkuk tak cukup terutama Mee Kolok ! Memang cukup power. Sambal dia tuuu.. Memang cukup umphh la bagi aku. Balik rumah dengan keboroian. Huhu.. Wife pun kata sedap. Dia kalau kata sedap , memang sedap la.. 




Harga ? Ok je bagi aku... Sesuai dengan makanan dan tempat yang selesa.. Aku kasi 8.5 dari 10 bintang

Facebook : Runway 33
Instagram : Runway 33

You May Also Like

3 comments

  1. Tak pernah makan mee kolok. Nampak pada gambar ni cam sedap jer ni.

    BalasPadam
  2. terima kasihhhhhh, kena cuba best food yang murah kat nilaii

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing!
    Check out ours as well
    https://www.ozheanam.com/pigmentation-whitening/

    BalasPadam