Harga emas sedang menurun tapi bakal naik mencecah RM350 segram ! Apa lagi ?? Jom serbu Kedai Emas Hajjah Halijah laa !

by - Khamis, Disember 17, 2020

Rajin pulak aku mengikuti perkembangan dunia EMAS ! Huhuh.. 'berkat' Covid 19 , aku mengambil tahu bab ni sebab kepentingan di masa hadapan. Bukan apa , kita tau EMAS ni satu pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi. Takkan rugi punya. Dah zaman berzaman. Dari atok nenek kita yang menyimpan EMAS untuk anak cucu dia... kan kan ?

Nah... akhbar bertarikh 17hb Disember 2020. Cerita pasal EMAS bakal melambung lagi.  Dan kawan kawan blogger aku dok kecoh ada kedai emas di Perlis jual EMAS dengan harga yang cukup berpatutan malah barangan kemas dia adalah rekaan terkini !  Ini bukan scam tau ! Haaa.. memang ada kedai fizikal atau kalau nak beli secara online pun boleh Ada kawan aku beli dah. Dah dapat pun ! Perghh.. Tergugat aku dibuatnya. Hahaha.. Yer , aku pun dah giler tengok barang kemas. Sebenarnya dari dulu lagi tapi tak amik kisah sangat. Cuma sejak Covid 19 ni, dah nampak akan 'keuntungan' memiliki EMAS.


Ok.. Kedai Emas Hajjah Halijah yang aku maksudkan ni ada 2 cawangan di utara Malaysia. Satu di Kangar , Perlis dan satu lagi di Sungai Petani, Kedah. Ahaaa.. Kalau rajin boleh gi borong barang kemas kat sana. Hahaha.. Jangan risau pasal Covid 19. Mereka jaga SOP. Boleh memilih dan membeli dengan tenang. 

Besar kedai dia kan ? Haaa.. Bukan calang calang punya kedai. Semua orang Perlis tahu akan harga berpatutannya barang kemas kat sini. Kenapa boleh beza dengan kedai emas yang lain  ? Haaa... Dan katanya ada keuntungan jika membeli kat sana selain murah ! Apakah itu ?? Huhuh.. Part ni memang berbaloi la bagi mereka yang bijak mengira keuntungan masa panjang. 







Mengapa menyimpan EMAS ni penting ? 
  1. Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh. 
  2. Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yg ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yg semakin hari semakin jatuh.
  3. Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi). 
  4. Mudah utk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.
  5. Aset yang mudah utk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.
Ok...untuk pengetahuan korang ! Haaa.. selain membeli emas di Kedai Emas Hajjah Halijah ni , mereka ada menyediakan Kempen Menabung Bersama Kedai Emas Hajjah Halijah. Terdapat 2 pakej untuk yang berminat. Boleh pilih mana satu korang nak... heee.. ikut kemampuan masing masing. 

Tempoh 1 : 6 Bulan -  Korang layak untuk mendapatkan potongan harga emas sebanyak RM15 daripada harga pasaran emas semasa.

Tempoh 2 : 12 Bulan - Korang layak untuk mendapatkan potongan harga emas sebanyak RM10 daripada harga pasaran emas semasa.


Pilihan Kempen Menabung Bersama Kedai Emas Hajjah Halijah : 
  1. Pakej Silver : RM100/bulan
  2. Pakej Gold : RM200/bulan
  3. Pakej Diamond: RM500/bulan
  4. Pakej Platinium : RM1000/bulan
Info lanjut atau nak mendaftar, boleh terus ke aaman web mereka. Klik SINI .

Aha.. ada satu ilmu untuk korang juga yer.. Bagi pengemar barang kemas.. 

Pernah dengar tak Enamel ? Apa itu Enamel ? Untuk info bersama.. Enamel adalah sejenis cat berwarna yang diletak pada emas. Tujuan enamel adalah untuk menambah seri dalam set masdora. Juga untuk penggemar masdora berwarna (ada sesetengah orang tidak sukakan warna emas sepenuhnya).  Ia masih kekal sebagai emas 916. Jika sebelum ini kita cuma dikenalkan dengan warna putih iaitu chrome, tapi sekarang lebih meriah dengan cat bewarna-warni. Konsep yang sama cuma warna lebih menarik mengikut edaran trend terkini.




You May Also Like

2 comments

  1. Orang pompuan kalau sebut jer bab emas lajuuuu .. ingatkan pompuan jee suka pot pet pot pet bab emas lelaki pon suka .. hehehe

    BalasPadam
  2. Nina baru jer ter tengok live dia. Aduyai.. Cecantik design dia dan harga dia cun giler! Memang kena beli cepat sebelum duit yang ada terguna bendalah bukan-bukan. Huhuu

    BalasPadam