Jom Laksa , Cheras ! Confirm tarak nyesal punyaa woo !

by - Selasa, Disember 15, 2020

Selesai belanja wife sebentuk cincin di Kedai Emas Tanah Merah , aku amat kelaparan. Ikutkan , teringin gak sebentuk cincin kat sana tapi tak pe la.. Aku perlu utamakan wife dulu. Ececece.. Ayaat tak hengat !! Hahaha. Tapi tak pe.. memang dah niat untuk dia sebulan sebentuk cincin. Jika ada rezeki lebih. Katanya lebih baik belanja cincin emas dari beli emas biasa tu je. Memang berbaloi dari segi keuntungan tapi wife tak leh pakai pun kan ? Hahaha.. Betul gak. Sekurangnya, dia tersenyum walaupun penat hari hari jaga makan minum pakai anak anak termasuk suaminya.. kan kan ? 

Panjang intro aih.. Ok.. Kompleks Queenville Pemaisuri ni terletak di Bandar Tasik Permaisuri. Sini memang bersepah restoran gempak gempak ! Kalau korang kaki makan , memang puashati la kat sini. Kalau tak cukup sini, korang lintas je jalan. Nah.. bersepah lagi restoran restoran yang padu untuk dinikmati. 

Tapi aku.. sudah jatuh cinta sama ini Jom Laksa ! Kenapa ? Sini ada Asam Laksa yang memang kena dengan tekak aku ! Memang puashati. Sampai aku lantak 2 mangkuk ari tu. Maklumlah, kalori rendah. Hahaha.. Boleh la makan banyak banyak. 

Hari ni... aku ke Cheras lagi. Ada kerja di Dataran Maybank. Tinggal anak anak kat mak aku jap. Pastu ke sana dengan wife. Abis kerja. terus ke sini. Nampaknya , sini bakal jadi tempat mainan aku buat seketika. Nak cuba segala restoran yang ada kat sini tapi buat masa ni, aku nak rasa semua menu yang ada kat sini. 

Dan faktor kedua ialah kakitangan yang sangat membantu. Tarak sombong punya staff. Senyum dan senantiasa pantas bila dipanggil. Harap kekalkan momentum ni ! Hahaha.. Kalau tak kekal , aku tukar restoran sebelah lak ! Melambai lambai gak tu.. Hahaha.. 

Ketiga.. parking sini senang. Parking kat bawah tu jer. Banyak kosong. Tak payah nak berebut parking kat depan tuu haa.. atau parking kat tepi jalan ! Tamooo tamooo tamo.. Parking dalam bangunan tu jer. Senang hati. Nak makan pun tak perlu risau kena saman. Heee..

Keempat.. Harga dia memang ok sangat la ! Oh ya... Artikal aku ni untuk Jom Laksa cawangan Cheras tu yer. Lain lain cawangan , aku tak tau ! Hahahaa..










Puashati nokkk ! Kalau boleh hirup , aku hirup dah ! Hahaha.. Nak order lagi tapi aku risau aku merangkak keluar dari situ. Padat dah perut tapi nafsu nak melantak tu ada lagi. Hahahah.. Dah sedap woi ! Wife aku cakap pun, diorang tak kedekut dengan isi ! Memang padat dengan kandungan. Kuah pun.. slurppp !! 


Pasni nak try nasi nasi dia lak. Kata adik aku, sedap nasi dia. Huhuhu.. Wife aku ajak pindah sini terus. Senang nak turun makan ! Atas tu ada apartment. Hahaha.. Sesedap dia jer. Mau boroi kembali aku haa..

Boleh follow mereka di Facebook dan Instagram yer.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Uishhhh dari gambor pun dah tahu confirm sedap teruk ni

    BalasPadam
  2. nampak sedap , nnt seseklia p sana blh la try
    pastu bagusnya takut kena saman kan, kalau tak melayanglah duit hahaha

    BalasPadam
  3. Oittt sedap sungguh tengoknyaa.. Kuah pekat

    BalasPadam