Kedai Emas Sri Tanah Merah , Bandar Tasik Permaisuri bakal rumah kedua isteri ku !

by - Ahad, September 20, 2020

Tak sangka.. tempat aku bermain sewaktu kecil ni , dah menjadi antara bandar terkenal di Kuala Lumpur. Sebut je nama Bandar Tasik Permaisuri, kenal dah diorang. Sebut nama taman perumahan aku tu, tak diorang tahu ! Tapi dulu, aku selalu guna nama Stadium Badminton Kuala Lumpur untuk ke rumah aku tu.. Pintu masuk ke Flat Sri Melaka.. Huhuh.. 

Sekarang ,  Kedai Emas Sri Tanah Merah yang terkenal tu pun dah buka cawangan di sini. Katanya ini cawangan dia yang terbesar di Kuala Lumpur selain di Ampang tu. Tempat lain , aku tak tau la.. Malas nak amik tau. Bukan dapat diskaun pun kalau bagi tau.. Hahahaha.. 

Ok... Kelmarin , aku ke rumah mak aku. Pastu adik aku ajak la wife aku ke sini. Kononnya nak tengok tengok je.. Teman dia. Aku cam... leh caya ke perempuan perempuan ni ? Adik aku lak spesis bila suka beli terus. Tak macam wife aku.. tengok ari ni , entah bila nak dibelinya. Huhuh.. 

Dan pergilah kitorang ke sana. Aku pun suka masuk kedai emas. Suka tengok design design terkini. Biasanya kalau tengok kat Poh Kong , Wah Chan atau Habib Jewel. Tapi kedai kedai ni aku nak tengok , segan. Baru nak tengok , diorang dah mai tanya. Hahahah.. I segan. Dalam beg duit ada duit tambang balik naik bas Tong Foong je.. Heeee... 

Dipendekkan cerita... akhirnya aku suruh la wife amik satu cincin. Pilih la mana nak asalkan aku mampu bayar. Hahahaha.. Terus terang ni. Duit simpan untuk persediaan anak ke sekolah tahun depan. Semua dah pakat pakat ke sekolah dah... termasuk Aariz. Banyak duit mau guna wooo ! Kan kan ?

Dan aku di situ ketika tu jam 5 petang. Gi lepas Asar. Dekat je dari rumah mak aku tu. Orang pun tak ramai. Pelik gak la. Katanya Sri Tanah Merah ni senantiasa penuh dengan orang. Huhuh.. 

Akhirnya.. dapat la gak satu cincin. Saja aku suh amik je mana dia nak. Tahun ni tak kasi lagi hadiah kat dia. 



Itu cerita hari Sabtu. Hari Ahad kembali lagi ke sini. Hahaha.. Bawak segala barang kemas yang ada. Saja nak nilaikan harga jika nak jual dan beli yang baru kat sini. Orang kata Sri Tanah Merah amik tinggi. Benarkah ? Huhu.. 

Bagusnya di sini, mereka betul betul periksa kualiti emas tu. Aku tak nak cerita la camana mereka buat sebab diorang tak buat depan aku. Maka takda bukti sahih la camana mereka buat tapi aku percaya je la.. 

Ahad... petang tu , mak aku pun join sama ke sini. Dia nak tengok. Hehehe.. Yeke orang perempuan ni kalau masuk kedai emas, tengok jer ???

Sengih je la nak oii ! 



Tengok je.. ni la hasil dari tengok jer ! Huhuu... Harga ok la. Dan dapat la satu gelang idaman. Nanti tahun depan , leh beli lain lak. Hahahaha... Gitu je la ye ? Layankan aja la..  Bukan selalu. Setahun sekali je...  

Siap beli. Layanan kakitangan kat situ ok. Tapi takda la kasi air mineral bagai. Hahahah... Ramai dah yang dah menanti di luar tu untuk masuk menyopping emas ! 
 

Gitulah... Sepanjang perjalanan balik... senyum je dia. Katanya kalau nak tengok dia senyum camtu , rajin rajin la bawak masuk ke situ.. 

Fuh.... 

Cair taik telinga.. 

You May Also Like

0 comments