Coway atau Cuckoo ? Mana lebih menjimatkan ?

by - Ahad, September 13, 2020

Kontrak mesin air aku dengan Coway dah tamat ! Alhamdulillah.. Lega rasa. Satu beban dah selesai. Kenapa aku kata beban ? Panjang cerita dia. Dan tiba masa aku untuk turunkan perbelanjaan rumah tapi masih mengekalkan kualiti. Hehehe.. Antara yang terlibat ialah mesin air dan juga telekomunikasi. Elektrik juga perlu diawasi. Bil bil yang mencecah ratusan ringgit sebulan perlu dinilai semula penggunaannya. Mana boleh jimat , kita jimat. 

Ok... sekarang aku nak tutup akaun Coway. Kontrak dah tamat , bulan Julai ari tu. Jika aku nak miliki mesin air tu, aku perlu sambung bayar untuk 2  tahun lagi.  Perlu ke ? Lama kelamaan , mesin tu akan banyak masalah serta spare part untuk dia mesti akan takda punya ! Pastu akan kata kena tunggu lama jika nak dapatkan spare part. Maka kena la tukar baru gitu ! Heheheh.. Aku agak gitu la sebab pengalaman kan ? Lebih baik tukar baru dan jimat memandangkan anak anak pun dah besar.. Kalau dulu nak memudahkan ketika buat air susu.. tapi sekarang tak dah. 

Coway atau Cuckoo ?

Promosi Coway


Promosi Cuckoo

Dua dua menarik. Harga lebih kurang. Produk pun lebih kurang.. Mana lebih sesuai untuk aku sekeluarga ? Atau aku guna je la air mineral water  seperti sebelum sebelum ni ?? Tapi banyak pulak botol plastik kat rumah aku nanti. Hahahaha. Nak masak air panas lagi ! Adeh...

Dari sudut maintenance , Coway ok. Service pun ok. Mesej ke , mintak tolong pun cepat je reply. Cuckoo aku sempat pakai jap dulu. Pon ok. Takda masalah. Agen agen dia pun ramah mesra jer.. Takda isu.

Argh.. pening ! Ada yang suruh maintain jer.. Erk , 2 tahun lagi untuk bayar RM200 ? Fuh... kalau amik yang biasa ,boleh jimat RM100 sebulan. Pastu beli emas skit skit , kan ? Hehehehe..

Nah... apa pendapatan korang ? Hahahaha... Apa pun , memang aku tetap nak tukar ! Nak jimat ! Pasni nak tukar plan Celcom lak. Jimat jimat !!!

You May Also Like

4 comments

  1. Dengan ekonomi semakin menguncup, saya sokong kita cut perbelanjaan. Maintenant untuk penapis air ni pun boleh tahan harganya. Dut tu boleh beli lauk atau barang keperluan lain.

    BalasPadam
  2. un guna cuckoo, tahun depan dh habis byr, setahun rm400.00 utk kos servise pula

    BalasPadam
  3. guna apa 2 yang sesuai dan mampu nak bayar

    BalasPadam