Kenapa kanak kanak tidak dibenarkan solat di masjid lagi ?

by - Selasa, September 22, 2020



Perkongsian dari Facebook Khyrul Faiza Amdan ni mendapat perhatian pengguna pengguna di Facebook.  Pelbagai reaksi yang diberikan dan rata rata tak puashati dengan apa yang berlaku sekarang. Dan sememangnya aku setuju dengan kebanyakkan komen yang diberikan.. 

" ok..nak cerita sikit lah.. 

tadi singgah satu masjid ni utk solat Jamak Maghrib + Isyak. Dah pesan anak2 tak perlu masuk diruangan solat utama yg berkapet tu, memadai solat bahagian luar, tepi2 kaki lima je..kita musafir. Lepas solat,terus cari budak2 ni tak jumpa.. rupanya si bongsu kena marah, sebab budak tak boleh masuk dalam ruangan solat masjid. Itu SOP kata pakcik masjid. Last2 nampak dia solat sorang2 di kaki lima pintu keluar toilet.

Nak ditinggal dlm kereta sorang,tempat parking tu gelap.nak bagitau tak payah solat, mcm rasa tak betul pulak aku ni jadi mak.

Kalau ye pun SOP, rasanya mungkin boleh dipertimbangkan.. bagilah budak tu solat di bahagian kaki lima dlm ruangan solat jadi la.. "

Aku faham kenapa kanak kanak tak dibenarkan masuk masjid atau surau tapi kalau mereka boleh gi sekolah , hotel , shopping mall.. kenapa tidak masjid ? Bagilah mereka yang nak solat tu , solat jap. Beri satu sudut untuk mereka bersolat.  Sian bila tengok menda menda macam ni berlaku depan mata kita. Nanti apa kata mereka bila mereka dah pandai berfikir. Nah , kita tengok saja kes yang sedang hangat di Twitter.. #TetapNormal ! Mereka dah berani berbahas bab dosa pahala. Nah , camana tu ?? Tu belum lagi kata nanti.. takkan solat ni untuk orang dewasa ? Kat rumah boleh je solat. Tapi bila kita musafir , ayah je boleh masuk masjid.. kanak kanak ni punca kes Covid 19 ke ? Atau takut kanak kanak kena ? Kalau takut kena , tu ayah masuk , camana lak ??? 

Adoi... harap ada pertimbangan la selepas ni. Walaupun kes Covid 19 naik turun macam yoyo , kita dah kena biasakan  hidup dengan virus tu. Ikut je SOP yang disarakan seperti guna topeng mulut , bawa sejadah sendiri dan bersihkan tangan... InshaAllah ..

You May Also Like

1 comments

  1. betul, rasa serba tak kena bila anak2 yang dah biasa diajak solat, tiba2 kalau pergi bermusafir, dia nak ikut solat, kita tak bagi. serius rasa tak best.

    BalasPadam