Perlu ke aku ke My Physio & Rehab untuk betulkan kembali struktur badan aku ?

by - September 09, 2020



Seminggu ni , di gym.. aku workout lebih pada kardio. 'Power' hilang lebih dari 60% ! Nak angkat beban , tak mampu. Punca ? Salah form ketika workout dan juga kurang streching atau panaskan badan. Huhuh.. Salah sendiri ! 

Dan sememangnya pun , setiap tahun mereka yang aktif bersukan perlu pergi ke pusat pusat fisio untuk periksa tubuh badan. Ada yang tak sedar yang badan mereka perlu 'diperbetulkan' seperti di bahu , leher , tangan , kaki dan sebagainya. 

Masalah yang timbul bila tak betulkan kembali ? 

Korang perasan tak yang korang cepat marah ? Bangun tidur tak selesa. Sakit sakit badan ketika memandu jauh atau di pejabat nak duduk lama pun terasa lenguh jer.. Paling ketara , mereka yang suka pakai kasut tumit tinggi ni ha.. Mesti terasa sakit di belakang kan ? Nah... korang tunggu apa? Tunggu parah baru nak cari ??? 

Dalam kes aku ni.. bahu , leher , pinggang dan belakang lutut bermasalah. Tahun lepas aku pernah buat di satu pusat rehab di Subang. Memang berbaloi la cuma aku nak ke sana tu , jauh sangat. Aku kan tinggal di Sepang. Maka aku cari yang berdekatan dengan aku je la..

Baru ni pun aku gi buat sport massage. Memang ok cuma sport massage ni  tak berapa nak capai kepuasan aku. Untuk release stress otot tu ok la sangat cuma part yang bermasalah tu memang aku kena pergi buat fisio. Ini pengalaman aku la. Lepas buat tu , banyak perbezaannya. 

My Physio & Rehab ni aku tak pernah pergi lagi. Baru nak buat temujanji. Tapi aku kena pergi segera sebab masalah ni memang menganggui aku sangat. Nak bergerak pun terasa lesu jer. Tapi gym tetap gi la.. Cuma aku tukar rutin. Ringan ringan dah la.. Asalkan berpeluh. Kalau tak pergi, aku akan banyak makan. Asyik lapar jer .. Huhuh.. 

Ok.. Aku check di Facebook My Physio & Rehab ni , boleh bawak anak anak. Diorang duduk bermain je kat tempat yang disediakan dan parents mereka boleh buat rawatan tanpa gangguan. Bagus kan  ? 

Dan harga rawatan bermula dari RM100 untuk setiap sessi. Bergantung pada masalah masing masing. Segalanya akan diperiksa terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.  

Nanti aku cerita kat korang lagi bila aku dah gi eh.. 


Facebook : https://www.facebook.com/myphysioandrehab/
Whatsapp : 014 910 1310

You May Also Like

2 comments

  1. bgs gak tu physio & rehab, bila dh injure ia blh betulkan struktur otot semula, insyaAllah...

    BalasPadam