KB Brewster Kok Lanas , makanan yang sedap kat sana ialah..

by - Isnin, September 14, 2020

KB Bewster , satu lagi cafe coffee yang mengingkatkan aku pada Coffee Beans yang popular satu tika dulu. Aku suka lepak kat situ sebab ice blended dia. Zaman muda muda dulu la. Sambil cuci mata tengok awek awek cun dan berharta lepak santai ngan geng dia. Hee.. cuci mata je. Nak ngorat , kita takde kunci keta BMW. 

Semalam , plan asal ingat nak gi Kopi Mesin di Kota Bharu tapi jauh la pulak.. heeheee.. Lagi pun aku gi berjemaah.. ramai ! 3 keluarga. Heee.. Sesekali bawak makan mak mertua ke tempat baru yang muda gitu. Nak makan tom yam , aku tak minat. Biasanya aku akan sakit kepala lepas makan tom yam. Sejak sejak berusia ni la.. Heee.. 

Di sini , ketika aku sampai.. ramai dah orang. Yang datang pun bukan orang muda. Ada je geng 'berkopiah' lepak sini. Wuuuu.. gempak gitu ! Hahaha.. Dan bagusnya ialah.. pekerja KB Brewster di Kok Lanas ni , sangat bekerjasama. Takde nak tarik muka kelat atau masam ketika kita berurusan dengan dia walaupun ramai orang. 

Cuma masalah bila ramai ramai gini ialah part order je la. Kita kena amik order sendiri dan ke kaunter pembayaran. Buat order dan bayar terus. Memudahkan jika kita tak ramai. Kalau ramai, jadi sedikit kalut.. Sedikit je la.. 

Apa yang ada kat sini ? Hurm... menu untuk makanan berat tak banyak tapi bagi aku , ok dah. Tak banyak tapi berbaloi dan mengenyangkan. Lebih penting , cepat sampai lepas order. Haaa ! Kek rainbow tu sedap. Meatball pun padat dengan rasa . Sesuai dengan harga la.. 

Cakap bab harga.. tak leh compare la dengan San Francisco Coffee atau Papa Rich gitu. Harga di sini lebih murah. Bagi aku , kat sini makanan dia ok la. Tekak aku yang jarang makan gula dan garam. Bila makan makanan luar  , memang sedap belaka ! Hehehehe.. 






Bersih , selesa dan terurus. Aku rasa kalau nak lepak santai dengan kawan kawan , KB Brewster Kok Lanas ni ok sangat la. Nak parking pon senang.  Lepak luar malam hari pun sejuk. Dalam ada aircond. Tandas aku tak sempat masuk.. Heee.. 

Aku kasi 4 bintang dari 5 bintang. 

You May Also Like

6 comments

  1. Rainbow cake tu cantik... macam tak sanggup nak makan pulak rasanya... hehehehe... coffee tu pun nampak menarik... lama jugak tak ke Kok Lanas ni... dekat 20 tahun dah... nanti nak plan trip ke sanalah... insyaAllah...

    BalasPadam
  2. Kopi dia nampak pekat.. Kek rainbow tu aumm.. Sedpnyaa

    BalasPadam
  3. nampak sedap lah. boleh la try makan sini nanti

    BalasPadam
  4. Dah lama tak balik kampung. Balik KB nanti nak ajak la husband jjcm ke sini....banyak kedai wishlist ni

    BalasPadam
  5. kb. brewster kok lanas juga sesuai untuk kita buat party birthday....terbaik kb. brewster ⭐⭐⭐⭐⭐

    BalasPadam