Jangan beri tekanan pada suami korang tu !

by - September 05, 2020


Aku selalu cakap kat wife yang aku tak berminat nak kaya. Kenapa aku cakap gitu ? Sebabnya aku kenal diri aku.  Kenal sangat. Maka apa yang ada buat masa ini , sesungguhnya adalah dengan izinNya. Inilah rezeki aku.. inilah hasil dari apa yang aku usahakan selama ini. Aku selalu je terima tawaran berniaga atau buat bisnes bersama. Tapi fikirkan akan baik buruknya , maka aku tolak. Walaupun ikutkan aku boleh je nak kaya tapi.. tak pe la...Cukuplah dosa dosa yang aku ada sekarang ni. 

Masalah duit tu cukup atau tidak , sebenarnya terpulang pada cara kita menguruskannya. Kenapa kita sibuk nak jadikan orang lain sebagai contoh ? Kita tak tau pun camana mereka berada di situ. Segala kepayahan... segala pengorbanan. Bukan sehari dua. Yang kita nampak , kejayaan dan kemewahan  hasil dari segala apa yang dia telah usahakan. 

Tau apa akan jadi bila asyik dok menekan suami kita ? Sang suami boleh hilang pertimbangan jika imannya tak kuat. Jika dia bekerja di bahagian bahagian yang melibatkan 'kuasa' dan 'pengaruh' maka di situlah akan jadi titik mula segalanya. 

Rasuah ! 

Salah guna kuasa ! 

Pecah amanah ! 

Mencuri !

Meminjam duit ! 

Apa saja sanggup dilakukan asalkan dapat mengembirakan atau memberi kemewahan ! Kena tangkap , tu belakang cerita. Hurm.. yang penting , dapat tutup telinga sebentar dari dengan bunyi bising ! Terpaksa ! 

Teringat pada cerita 3 Abdul. Nah... inilah pengajaran dari kehidupan buat kita. Cerita tu bukan sekadar cerita tapi realiti yang sebenarnya sedang berlaku pada masyarakat kita. 

Suka sangat ikut orang... Tapi tak pernah nak cermin diri sendiri ! Terimalah seadanya. Kalau benar nak kaya. sama samalah berubah. Berhijrah. Cari perniagaan yang halal dan berkat ! Jangan sesekali biarkan suami korang tu , hilang pertimbangan. Bila dah mula hilang , dia dah tak fikir apa dah.. Ketika tu, nak menyesal pun tiada gunanya.. 

Apa guna kaya kalau sumbernya tak berkat. Hidup porak peranda ! 

You May Also Like

6 comments

  1. Betul tu 3 abdul memang banyak maksud tersirat untuk pengajaran kita semua sebenarnya ✨

    BalasPadam
  2. Ye kemungkinan yang menerima rasuah untuk memenuhi permintaan orang tersayang. Nak jalan pintas rasuahlah jalannya. Bahaya juga ni...apa apa pun bersyukur dan nak lebih usaha sendiri.

    BalasPadam
  3. Betul2. Kaya dari sumber tak berkat takkan kemana.

    BalasPadam
  4. Lagi satu mungkin awalnya nak berlawan.Siapa lebih baik siapa lebih banyak harta.Kalau diacuankan kepada landasan yang positif inshaAllah ok,tapi jika sebaliknya itu yang hujungnya sangat merosakkan.

    Bersyukur dalam masa sama berusaha.Sederhana dalam masa sama memperbaiki.

    BalasPadam
  5. Betul, hanya diri sendiri tau siri sendiri mampu tak jadi orang kaya yang baik

    BalasPadam
  6. Allahu... itu sebabnya kena kuat iman seblum kaya, klu tak, xperlu mimpi jd kaya... cukup la apa yg ada... Allhamdulillah...

    BalasPadam