Berbaloi borong spek di kedai cermin mata viral , Sungei Wang Plaza

by - September 02, 2020

Nahh.. berkali kali aku cakap pada kawan kawan di media sosial ni.. kalau nak beli spek kat area Kuala Lumpur ni, bagitau aku. Aku boleh syorkan kedai yang memang puashati punya ! Tak puashati, kasi tau aku. Aku leh kasi tau big boss dia ! Dan ramai dah kawan kawan aku , gi buat kat sana... memang berbaloi ! Malah dapat jimat lagi !! 

Dan mereka yang dah pernah pergi buat kat situ , pasti akan kembali lagi ! Kenapa ? Sebab tau sana layanan bagus..harga munasabah pastu boleh kawtim lagi ! Haaa , maksudnya korang boleh dapatkan cermin mata yang korang nak dengan harga yang tiada selindung punya ! Segala penerangan harga akan diberitahu kat situ. 

Nak tukar gelap ? Silau ketika memandu atau menggunakan gajet ? Rabun jauh atau dekat  ? Korang gabungkan semua tu pun boleh dalam satu cermin mata dengan harga yang ... confirm buat korang terngaga punya ! 

" >> SPECK IMPIAN <<

Speck mata power tinggi jimat 500 lebih! 😱😱Thanks Ben Ashaari memang sangat2 puas hati dan sangat2 recommended! Kalau tahu awal tiap2 tahun hakak tukar speck tauπŸ˜†

Dulu punya speck dah lah mahal lepas tu kena tipu😀😀. Nak tahu korang tengok lah video tu.

Sini memang πŸ‘πŸ‘πŸ‘ dah siap ni pakai terus tak rasa macam angkasawan! Best pakai terletak. Alpha lens + multicoat + anitisilau betul testing.

Harga speck sini bermula Rm65 siap sejam (power tinggi cam hakak kena tengok stok cermin ada ke idok).

Yang penting hakak bayar guna #tabungJsd tak usik duit gaji ponπŸ₯ΊπŸ₯Ί. Dapat pula bingkai yang diidamkan lagi lah πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ. Hanya mereka yang speck power tinggi je paham. "





Sahabat blogger KBBA9 , Fir Radzi bawak mertuanya ke Eyes Vision Optical untuk buat spek. Awalnya diorang je nak buat tapi akhirnya dia jugak terjebak sebab harganya serta tawaran spek yang diberikan ! Tahap kerabunan dia cam aku la. Tapi dulu hanya boleh pakai cermin mata biasa jer. Nak letak tukar gelap ,memang tak mampu la.. 

Tu dulu laa.. sekarang ??? 

Pergi pickup cermin mata kat @eyesvisiongroup hari ni untuk yang mertua dan aku punya sekali. Guna lens Alpha Blue 420 dan transition gelap bila tengah panas. Bergaya sikit dengan Ray Ban walaupun power mata 500 lebih setiap mata kiri dan kanan."



Kawan dari sekolah rendah aku ni, Badrul... antara orang yang banyak songeh kalau nak membeli barang. Tapi dia dah ke situ dalam tahun ni.. 3 kali ! Hahahaha... Dan terbaru , dia bawak bingkai Ray Ban kesayangan dia ke situ.. tukar cermin jer. Letak cermin ada power gitu ! Baru puashati pakai. Takda la nak tukar tukar spek gitu.. Huhuhu.. 

Dan ketika aku ke sana baru baru ni, memang aku nampak orang yang masuk ke kedai dia adalah terdiri dari mereka yang 'memilih' ! Mereka kelihatan begitu selesa dilayan. Diberi kaunseling sebelum memilih bingkai yang berkenan. Ada banyak pilihan. Jangan risau bab harga. Kalau bajet tak tinggi, masih boleh dapat cermin mata berkualiti ! 




Kalau korang nak gi , contact terus Mr. June. Bagitau korang dapat tau pasal spek ni dari Ben Ashaari. InshaAllah dapat harga cun.. heee.. 

Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

You May Also Like

1 comments