Best ke menginap di Hotel Paya Bunga , Terengganu ?

by - September 17, 2020


Kali ke dua aku sekeluarga ke sini. Dua dua atas urusan kerja. Alang alang wife outstation , bawak sekeluarga sekali ke sini. Disebabkan Terengganu , tu yang aku nak gi. Maklumlah , aku sebenarnya tak abis lagi explore negeri yang gempak sangat bagi aku ni. Hehehe.. Tak risau sama sekali aku bila berada di sini. Semuanya ada.. 

Ok.. Hotel Paya Bunga ni memang mesra Islam. Tak perlu risau la bila ke sini. Bab bilik , bab makan , ruang parking , kolam renang , gym.. semua best ! Permandangan bilik aku inap tu pun cantik. Kalau korang suka berjalan kaki , hotel ni memang sesuai sekali lokasinya. Dengan dengan tempat tempat strategik gitu.. 

Aku tak de apa nak komplen pasal hotel ni. Semua ok kecuali.. Haa ! Yang ni aku tak tau kenapa begini la..  Sarapan pagi kurang pilihan. Mungkin tak ramai yang inap ? Kalau itu alasan dia , memang tak leh nak kata apa la. Macam aku hari tu.. dua hari kat sana , aku cuma turun sarapan pagi sekali je. Nasi minyak dia, superb ! Mee goreng , hurm.. Dan yang lain lain tu.. hurm.. Tu je la.. 

Tapi.. haaa.. rezeki aku hari tu. Dapat merasa bubur syura yang mereka buat. Memang sedap laa ! Pertama kali makan aku rasa. Hahaha.. Memang aku suka. Sayang nak abiskan ! 









Kalau korang bercadang nak bercuti ke Kuala Terengganu , nah.. Paya Bunga memang sesuai sangat. Dan sebelum balik tu, sila waze Keropok Lekor Tawakkal. Serius berbaloi untuk korang tapau bawak balik rumah. Korang cuba yang rasa yang rebus.. Pastu tau laa..

Dan jangan lupa keluar lepak di satu port ni.. dekat ngan KTC Mall . Macam downtown gitu la. Aku tak ingat nama tempat tu tapi kalau nak ke sana , korang gerak lepas Maghrib. Hehehe.. Sebab lepas Isyak , penuh wehhh ! Susah nak cari parking.. Hee..

Terengganu memang berbaloi untuk dilawati.

You May Also Like

0 comments