Basikal perlu lesen , plat ? Aku sokong sebab .. !

by - Khamis, September 17, 2020


Sekarang ni trend berbasikal eh ? Tak la. Berbasikal ni lama dah orang main.  Cuma kebelakangan ni tetiba meriah lak ? Al maklumlah , tak boleh nak travel ke luar negara.  Duit berlambak.. kan ? Tak tau nak buat apa.. layan basikal laa.. Tapi bukan basikal sebarangan yer.. Harga tak mampu jeling punya aku haa ! Hehehehe.. Tapi ok la.. aktiviti sihat.. 

Cuma yang tak sihat tu bila mana yang berbasikal ni tak ikut peraturan. Dari kepala hinggalah ke basikal. Haaa..  Di jalan raya satu hal. Yang berbasikal di taman pun satu hal ! Haaa... Di tempat orang berjalan , berlari.. situ gak dia nak berbasikal ! Adoi... camana tu ? 

Dan yang di jalan raya ni masalah besar. Yang ada escort tu bagus la.. Kita sedia maklum mereka dah buat permohonan pada pihak berkuasa. Yang tak de escort tapi berbasikal berjemaah tu camana ? Ko dah terang terang makan jalan untuk kenderaan besar.. Pastu bergerak beriringan.. Adoi.. Tak pasal pasal kena tunggu korang lepas atau tunggu jalan besar baru boleh potong. Nak potong pun kena amik jarak gak. Risau korang terjatuh berdekatan kereta. Adeh.. tak leh nak imagine ! 

Bila ada plet dan berdaftar , maka bolehla saman dikeluarkan pada mereka yang tak ikut peraturan ni.  Dan korang pun boleh la berbasikal atas jalan raya. Kalau berlaku kemalangan , korang pun ada insuran untuk bayar balik kerosakkan pada kenderaan pengguna yang terlibat tu kan ? Haaa.. Barulah adil ! 

Bukan apa.. aku teringat kes kes kemalangan yang melibatkan aku dulu. Kita ni dah memandu dengan cermat.. tapi dek kerana orang lain punya kecuaian , kita jadi mangsa ! Bukan kereta je rosak tapi masa juga terbuang ! Nak kena gi report , repair .. anak tak boleh gi sekolah ! Bini nak gi kerja pun payah ! Camana ? Haaa... Tak kena kat korang , tak pe la.. Kalau kena ? Hurm.. 

Kalau off road berbasikal tu, tak da sapa nak kecoh. Yang buat kecoh ni atas jalan raya di kala orang tengah sibuk. Terutama hujung minggu. Dah tak pasal pasal berebut jalan ! Dengan geng konvoi motor.. konvoi kereta.. Adeh... 

Dan kalau boleh , lesen ni perlu dikategorikan. Yang guna sebagai pengangkutan harian seperti ke tempat kerja atau ke sekolah , perlulah diberi pelepasan. Yang guna untuk riadah ni , wajar bayar la.. Basikal mahal kot ? Kalau hilang pun , senang nak report... Ada register gitu.. kan kan ? 

You May Also Like

2 comments