Maafkan abang.. abang ada kekasih baru dah !

by - September 26, 2020

Yeargh... Takda sapa boleh dekati aku , jika dia ada ! Walaupun wife aku di sisi , dia boleh tolak ke tepi begitu saja. Dia saja boleh mendekati aku. Begitu juga bila atas katil. Nak tidur , kena pastikan dia atas lengan aku. Bila dia dah lena , barulah aku boleh lari dari dia.. Dan ketika tu , dia tak kisah apa dah ! Melainkan dia terkejut... dia mencari aku.

Dan dia saja boleh bikin ego aku menurun. Aku tak boleh cakap kasar dengan dia. Tinggi suara. Kena senyum pada dia tiap kali dia pandang aku. Kalau tak balas, siap la ! Kalau dia cakap terima kasih , aku kena balas. Tak balas , dia akan suruh balas. Dan  kena balas dengan cakap elok elok ! 

Serius.. kekadang naik hangin aku dengan dia. Tak buat salah pun , dia suruh mintak maaf. Dan mintak maaf elok elok. Kena pandang mata dia dan ucap ! Grrrr ! Tak pernah aih aku buat macam tu walaupun dengan wife aku. 

Memang sekarang ni kena rajin mintak maaf dah aku. Abis semua dalam rumah aku , kena rajin mintak maaf dengan dia. Tapi menariknya, kalau dia buat salah.. dia tak reti lak nak mintak maaf. Bila kita suruh, dia tanya kita balik. 

" Aara tak buat salah pun.. kenapa nak minta maaf ?? " 

Aduhh.. 




 Jika dia ada , dia mesti ada kat sebelah aku. Tak leh ada orang lain ! Ni baru sorang anak dara aku ada.. Dia mintak adik.. adik perempuan.. rasa rasa dia boleh bertolak ansur ke nanti ? Huhuh..

You May Also Like

1 comments

  1. haha sama macam anak saya, memang manja dengan daddy. tido pun mesti nak ada daddy kat sebelah. Adoi.. Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    BalasPadam