Jangan tertekan jika anak tak nak gunting rambut.

by - September 01, 2020

Dia insan paling sukar nak gunting rambut dulu. Geli bila mesin rambut tu kena telinga dan leher dia. Kena hati hati bila begini. Boleh melukakan dia. Jadi kena la belajar mesin rambut anak sendiri sementara nak tunggu dia dah biasa. Nak pecah 'dara' gitu ! Hahahaha.. 

Bila dia dah biasa.. baru boleh bawak ke kedai gunting rambut yang biasa.. Dan carilah kedai kedai yang tak ramai orang. Bukan apa.. nak layan karenah dia nanti , orang lain jadi menyampah lak. Huhuh.. Masa terbuang gitu je walhal nak gunting sikit jer.. 

Dan dah biasa.. mula la dia demand ! Nak gunting kasi nampak hensem. Kalau tak hensem , muncung la mulut dia tu ! Hahaha.. Mau kena jeling memanjang je kita nanti. Hee... 






Asyik tengok cermin. Pastu pandang aku. Angguk tanda puashati ! Hahahaha.. Dan bila dah abis , dia akan tanya.. 

" Hensem tak ? " 

Amboi... kecik kecik ! Hahaaa.. ikut aku nak potong style askar je.. tapi kesian lak dia nanti kat sekolah jadi bahan jenaka kawan kawan kat sekolah. Dia ni mental tak kuat lagi. Mudah sentap.. cam.. cam.. sapa eh ? Hahaha..

Tak kisah la.. janij kemas. 

You May Also Like

2 comments

  1. Bila anak makin besar, takde dah stail potong rambut ala-ala askar. Deme ada selera deme sendiri..

    BalasPadam