Perut pedih dek kerana terlebih makan cili !

by - Rabu, September 23, 2020

Seharian aku pedih perut ! Dok pikir la salah makan apa ! Asyik keluar masuk bilik air jer.. Fuh, memang terasa pedih selepas memerut. Huhuhu.. Teringat rupanya aku letak sambal pada keow teow goreng yang wife aku masak. Bukan skit aku letak.. Huhuh.. Terlebih sudah.. Nah , amik kauu... kan dah pedih ! 

Dok pikir la camana nak hilangkan pedih tu.. Takda ubat lak ! Dan malam tadi , sebelum keluar gi gym.. aku minum la air jus yang aku buat malam kelmarin. Jus ni memang wajib buat setiap bulan. Kandungan dia , ada ubi bit ( beet root ) , epal hijau , carrot , saleri dan lemon. Kalau ada tomato , lagi syok. Licin je kulit muka.. Huhu.. 

Dan aku minum secawan.. Pastu keluar gi gym.. Dalam perjalanan , tak terasa dah pedih perut. Nak memerut pun dah takda terasa dah. Alhamdulillah.. terasa lega sangat wooo ! Air jus ni memang banyak khasiat. Untuk turunkan tekanan darah tinggi , untuk buah pinggang... haa,  tapi kalau untuk kolestrol.. kena tambah la kunyit , halia. Fuh , tu memang power la kalau ada ! Hahaha.. Tapi tak larat nak tambah lak aku. Yang tu , aku beli terus Alam Natura jer.. Senang.. Dia jual pati. Boleh la tahan untuk 2 bulan. Sesudu tu leh letak dalam cawan.. pastu minum setiap pagi dan malam..

 


Try la buat.. Nanti korang tau kenapa aku buat setiap bulan. Kalau tak sempat , memang aku beli je kat booth di shopping mall tu. Dah berusia ni , kena la jaga makan. Nak makan macam macam tu boleh tapi kena tau la camana nak clearkan dia.. Jangan dia pandai masuk tapi tak pandai keluar. Haa , berpenyakit nanti ! 

You May Also Like

2 comments