Perlu ke anak makan sampai kekenyangan?

by - Khamis, September 03, 2020



Hurm... Anak anak aku ni , suka makan. Tapi agak memilih gak la. Cam Qhaliff , kalau ayam tu.. memang dia hidup la. Nasi tolak tepi. Zahra dan Aariz , hantu sup dan mee. Tapi Zahra ni nasi pun kalau dihidangkan depan dia , makan je. Tak banyak cerita. 

Cuma diorang ni aku selalu kasi makan skit skit jer. Tak nak ajar makan banyak banyak atau bertambah. Sesekali je terutama bila diorang guna banyak tenaga.  Kenapa ? Budak budak ni perut tak sama cam orang dewasa. Kalau diberi makan hinggak kekenyangan selalu, maka size perutnya akan besar. Pastu akan jadi habit. Makan sampai kenyang ! 

Aku lihat mereka yang kurus kurus ni.. makan diorang berselera tapi selalu je tak abis. Nafsu besar tapi makannya ciput jer !  Tapi mereka makan kerap ! Begitulah aku nak buat pada anak anak aku ni. Makan kerap tak pe cuma tak nak sekali makan.. baham macam harimau kelaparan.. er , cam aku ! Huhuh.. Tu pasal wife selalu bebel kat aku. Konon diet tapi makan bertambah tambah ! 

Nah.. selepas aku tengok video Christiano Ronaldo baru baru ni.. cari dia kekalkan fitness dia.. baru aku paham. Dia suka makan. 6 kali sehari tapi dia makan skit jer. Apa yang dia makan tu semuanya berkhasiat ! 

Aku dah mulakan 2 minggu. Makan tak bertambah. Amik skit jer.. Tunggu jam lain lak makan kalau lapar ! Heehehe.. Anak anak pun gitu. Kalau kita ajar diorang makan sampai kenyang.. maka diorang akan amalkan makan hingga kenyang ! 

Cuma diorang ni payah betul la nak makan sayur dan buah ! Zahra je ok. Nak jadi cam daddy katanya.  Tapi tak pe.. InshaAllah ok. Kena kasi si abang makan dulu sebab dia boleh 'bunuh diri' bila paksa makan sayur atau buah ! 

You May Also Like

3 comments

  1. i follow mana tau bulan depan kurus

    BalasPadam
  2. Dekat rumah kami makan nasi kukus, jadi setiap bekas tu cukup untuk seorang makan. Lauk pulak mesti kena ada ayam tapi takdelah setiap hari sebab Babah deme dah tak larat nak makan tiap-tiap hari dah rasanya.. hahaha..

    BalasPadam
  3. bagi saya setiap budak dia ada tahap suka makan , suka main ( active ) tapi tk suka makan tu kadang kurang zat

    BalasPadam