Kenapa aku memilih Samsung Galaxy Note 20 Ultra berbanding Iphone 12 Max Pro ?

by - Disember 26, 2020

Heee... Alhamdulillah... Aku ni penggilan Samsung Note dari zaman berzaman ! Sejak keluar Note aku dah mereng pala otak ! Dan aku berjaya juga la juga miliki 2 versi Samsung Note ni. Hehehe.. Puashati tapi bila Samsung keluar yang siri baru Galaxy Note , aku mengelabah. Wife dah paham dah ! Mampu layan je la aku punya ngomelan. Selagi tak dapat ! Hahahaha... 

Kenapa Samsung Galaxy Note ? Kenapa tak Iphone ? Hahaha.. Aku memang tak minat apa jua keluaran Apple dari aku muda. Aku punya sejarah membenci Apple sejak mengenali dunia komputer. Hahahaha.. Bukan anti produk tau ! Ahahahaha.. Faham faham je la kan... Hahaha.. Aku rasa korang pun tau kan.. kan..

Ok.. tutup cerita pasal Apple kena gigit tu. Sekarang aku nak cerita kenapa Samsung Galaxy Note ! Haa.. Nak kata spec dia gempak giler tu tak la.Banyak lagi handphone yang power power. Macam terkini sebelum aku nak amik Note ni, Sony baru lancarkan pre order Sony Xperia 5. Aku dah tengok review dia kat Youtube. Aku yang dulu pengguna Sony Xperia , mestilah tergugat ! Hahahaa.. Tapi disebabkan Sony Xperia tak ada SPen, maka tak pe la nak... acik Ben guna je Samsung Note. Huhuhu.. 

Bagi mereka yang pernah guna Samsung Galaxy Note ni mesti tau keistimewaan Spen ni. Pergh.. Nak cerita panjang ni.. Hahahaha.. Korang boleh cari sendiri kelebihan ni kat Youtube. Ada banyak video tips n trick pasal Samsung Galaxy Note 20 Ultra ni. Berbaloi dan confirm jatuh cinta. 

Oh ya.. sebelum ni aku guna Samsung Galaxy Note 9. Dah masuk  2 tahun dan sedikit pun tak buat hal dengan aku. Tak da isu langsung dengan dia ! Berbaloi sangat sangat. Banyak membantu terutama melibatkan kerja kerja aku. Kecuali bila Samsung update software terkini , kamera dia jadi kurang cun. Aku tak pasti la samada aku yang tak pandai nak setting atau hati aku dah beralih arah dek kerana ketika tu, Note 20 dah keluar. Hahaha... 

Samsung Note 9 tu , bertukar tangan.. Aku kasi wife. Dia ok jer. Dia tak macam aku. Bukan penggila gajer. Dia lebih pada emas. Hahaha.. Ok la kan ? Kalau minat sama, bahaya. Nanti aku lak yang kumpul banyak dari dia. Hahaha... 

Ok.. Samsung Galaxy Note 20 Ultra. Best tak ? Puashati tak ? Giler tak puashati ??? Rasanya aku tak nak tukar phone sampai bila bila dah ! Hahahaha.. Baca leh.. caya jangan eh ? Hahaha.. Kalau nak tukar pun, mungkin kuar 2 siri Note terkini baru tukar.. Tu pun jika aku masih bergelar blogger ! Kalau aku bergelar Menteri , tak guna dah Note.. Aku guna pembantu peribadi terus. Hahahaha.. 



Ok la kan ? Ni malam ni. Kalau sebelum ni , amik gambar malam , memang jenuh la gak. Tapi tujuan aku nak guna hp terkini bukanlah untuk berlagak bagai.. tapi untuk permudahkan urusan dan juga amik gambar kenangan bersama keluarga. Maklumlah , masing masing meningkat usia. Pelbagai ragam dan kisah nak di rakamkan. Satu hari nanti, boleh diulang tayang terutama ketika mereka 'bergaduh'. Tunjuk betapa masing masing dulu macam isi dengan kuku.. Huhuh.. Macam semalam , tunjuk gambar dan video lama Zahra dan Qhaliff.. camana si abang jaga adiknya... camana si abang sayangkan adiknya. Terus baik... tak gaduh dah.. untuk 5 minit ! 

Terima kasih sayang atas hadiah harijadi ni. Walaupun aku yang bayar , aku anggap dia yang hadiahkan. Hahaha.. Kalau dia tak kasi green light , tak dapat gak aku beli. Hahahaha.. Menteri Kewangan la katakan.. 

Samsung Note 20 Ultra... berbeza tau dengan Note 20 biasa.. Haa ! Kalau nak beli, check betul betul spec dia.. Huhuh.. Oh ya.. kenapa sekarang aku baru nak ? Sedangkan dah 4-5 bulan keluar Note 20 ni ? Jawapannya.. ketika ni semua aksesori dia dah murah. Hehehe.. Nak beli pun dah mudah. Kalau awal awal keluar. risau calar balar sana dan juga biar orang lain test drive dulu.. Kalau ok , baru amik. Dan , aku bukan kaki game ! 

You May Also Like

2 comments

  1. ok masuk list nak hadiahkan apa kat husband... cantikkkk angat!

    BalasPadam
  2. Wow.. lamanyaaa tak pakai Samsunggg. hewhewww

    BalasPadam