Kain Norwex ? Hahaha.. Tolong jangan percaya akan kain itu !

by - Disember 06, 2020

Aku bab bab gini payah nak percaya sangat. Maklumlah, over claim gitu ! Kang nak kritik , orang kata.. ko dah try ke belum ? Haaa... gitu lah ! Maka aku diam je la. Bila tengok kawan kawan blogger promote, aku senyum je la. Support jer. Nak kata lelebih , aku tak pernah try. Nak beli, belum terbuka hati ! 

Kak Diana atau Dy , mesej aku. Tanya aku nak try tak ? Dia nak kasi hadiah untuk hari jadi aku. Hahaha.. Adoi laaa.. Segan nak terima hadiah. Bukan apa.. nanti harijadi dia , takut aku terlupa ! Haaa.. nayaaa jer.. Rasa bersalah sampai kiamat. Hahaha.. 

Tapi dia kata tak pe.. ni saja kasi untuk support aku gi gym dan katanya kain ni sangat sesuai untuk mereka yang mudah berpeluh dengan meriahnya ! Yer.. aku memang mudah berpeluh dan sangat meriah bila berpeluh. Bila teringat minggu depan aku ada shooting iklan untuk television, confirm aku akan berpeluh sebab lokasi terbuka dan kena pakai jaket gitu. Adoi ! Bila berpeluh, guna tisu ? Huhuh.. memang melekat la tisu tu. 

Maka sebab itulah aku nak try kain Cowex.. Eh , Nowex ni. Haaaa.. Tetiba teringat mesin penapis air tu.. Hahahaa.. Norwex gitu.. Orang kata kain microfiber ni sama je dengan yang lain. Hurm.. Aku tak leh nak komplen sebab tak pernah guna kain yang aku guna lap kereta untuk lap muka aku. Hahahaa.. Bab muka ni , aku memang sensitif skit. Maklumlah, kena jaga gitu..

Aku terima kain pemberian Kak Dy ni semalam. Terus aku buka dan cuba. Ada dua. Satu untuk lap cermin. Satu lagi untuk dijadikan towel. Kecil ! Tak macam towel towel yang biasa aku bawa ke gym. Kena bawa besar sebab peluh aku melambak keluar. Huhuh.. Segan ai... 



Hari ni.. aku bawak gi gym.. Mula mula main basikal. Kardio ringan dulu sebab nak layan media sosial. Hahaha.. Kang baru mula main HIIT. Biasanya bila aku main HIIT ni la , peluh menceceh keluar. Adoi.. Jenuh mengelap ! 

Dan benarlah jangkaan aku.. peluh mula berlumba lumba menampilkan diri. 




Lebih 2 jam dalam gym. Nasib baik wife mesej suruh balik. Kalau tidak , mau sampai ke tengahari aku layan besi. Kain lap aku tu, tak seperti kain kain aku sebelum ni. Lencun ! Norwex ni tak lencun pun. Walaupun berkali aku lap, masih lagi seperti belum guna. Aku cam.. WOWWWWWW ! Ni memang sesuai sangat aku bawak gi shooting nanti. Bila berpeluh, senang je lap. Huhuh.. Tak perlu nak bawak tisu bagai. 

Kesimpulan.... Apakah kain Norwex ni bagus orang yang gi gym atau mereka yang bila mandi tu, nak lap..cepat je kering ? Haaa.. yer , sangat sesuai ! Aku TERPAKSA AKUI IANYA BAGUS. 

Harga kayangan ? Hahaha.. kalau rasa kayangan, korang ada pilihan pun. Takda sapa paksa. Bagi yang rasa mampu, boleh je whatsapp ke Kak Dy atau hubungi dia di Instagram Diana Dy..  Yang pasti.. dalam kereta , aku tidak lagi berpeluh peluh seperti sebelum ni. Tengok dalam gambar.. kering je kan ? Haaa... Wa tak tipu lhoooo !!

Whatsapp : 0193544350
FB: www.facebook.com/dianady
IG: @dianady74
IG : @dy_deco

You May Also Like

15 comments

  1. Tu diaaa... Honest review. Nak kena beli juga rasanya. Dah join 3 giveaway tak bertuah nak menang πŸ˜‚

    BalasPadam
  2. Wowww.... Tapi tengok harga... Huhuhu

    BalasPadam
  3. Kalau berpeloh maksud nyer sihat

    BalasPadam
  4. wow..kain bukan sebarang kain ni..kena try jugak.

    BalasPadam
  5. Baru tengok dan baca review je ni PC .. Adakah bakal terjebak..

    BalasPadam
  6. betul2 tak sapa paksa suh beli ....tapi sesuailah dengan harganya dan kualitinya...yang penting beli ikut kemampuan dan gunakan dengan sebaik mungkin....

    BalasPadam
  7. betul2 tak sapa paksa suh beli ....tapi sesuailah dengan harganya dan kualitinya...yang penting beli ikut kemampuan dan gunakan dengan sebaik mungkin....

    BalasPadam
  8. Tengok Ben review macam itu peluh kering macam uniqlo AIRism material eh? how bout bau peluh? memang tak berbau bila lap badan?? Setahu saya biasa kena pairing with sabun-nya, kalau tak hilang function dia. so kalau boleh harap bro boleh review that part jugak (lepas cuci adakah function maintain the same~)

    BalasPadam
  9. Wahhh bagus, terpikat jugak dengan Norwex ni. Nanti ada rezeki nak beli jugaklah sehelai dua.

    BalasPadam
  10. Memang best.. yanie dapat je kain terus test.teruja punya pasal.. hihi nak beli leh order dengan yanie jugak tau πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

    BalasPadam
  11. Wahhh. Ni kalau kayuh bawa kain ni, tak menetik peluh kat muka dengan tangan waktu kAt kedai makan.

    BalasPadam
  12. sama la mula2 pikir cam ngarut eh mahal gitu,sekali dah try fuhhh terpikat memang memudahkan ....

    BalasPadam
  13. wah menarik.. ni yang buat nak cuba juga.. tipu dosa tau..hahahah

    BalasPadam