Nasib anak ke dua ..

by - Isnin, November 23, 2015

 

Aku nak keluar .. Zahra nak ikut. Qhaliff pon nak ikut ! Sapa yang aku nak bawak ? Hurmm..

Qhaliff ? Aku senang bawak dia sebab dia dah reti berjalan dengan aku dan mudah ikut perintah.. Maka , senang nak kawal dia dan dia pon reti takut nak merayau sorang sorang..

Mek Zahra ? Haaa.. Aku pun suka berjalan dengan Zahra. Tapi yang jadi isu ialah dia di dalam kereta .. Dia nak duduk dengan aku ! Itu sama sekali tidak akan berlalu ! Walaupun aku memandu dengan berhati hati , orang lain belum tentu kan ? Sebaiknya , jangan dicari masalah !

Nak tak nak.. aku terpaksa tinggalkan dia di rumah mak aku.. Hasilnya ? Dia semakin berdikari. Aku ada ke tak de ke , dia boleh bermain dengan sendirinya.. Tak kisah la aku balik ke tak..

Merajuk ?

Hurm.. tak mungkin.. Bila aku bersuara..

“ Zahra nak ikut daddy tak ? Jommm ..”

Terus dia amik beg dan pakai songkok..

image

Camana sekali pun , anak perempuan pasti akan melekat dengan ayahnya.. kan ? Aku tak tau kenapa tapi banyak kebaikkannya.. Ayah garang.. dah belajar skill smack down dah ni ! Kacau kalau berani.. hahahaha..

Aku anak kedua .. sememangnya dapat rasa camana Zahra rasa.. hurmm.

You May Also Like

1 comments