Kamera , telefon atau ?

by - Ahad, November 08, 2015

 

Hurm.. semua ni penting untuk aku.. tapi mana satu yang aku nak buat masa sekarang ? Yang aku amat perlukan ! Setelah dipikir masak masak .. aku rasa..

Aku tangguh dulu beli lens dan telefon pintar ! Sebab masa ke Alamanda petang semalam , aku ternampak..

image

Hurmm…. Aku pun masuk la ke dalam Fitness Concept. Dalam kepala aku , lama dah aku nak beli benda ni tapi rasanya terlalu mahal waktu tu.. Aku tunggu waktu gini la sesuai untuk membelinya walaupun GST ‘menyusahkan’ rakyat Malaysia !

Terpaksa! Aku tak sempat nak gi gym.. Tak sempat nak berlari di luar maka aku kena cari jalan penyelesaian memandangkan umur pon dah cecah 40 tahun ! Ramai dah ‘tumbang’ di usia ni disebabkan pelbagai penyakit yang tak dijangka terutamanya melibatkan jantung ! Adehh.. risau gue..

image

Yup.. aku beli ni je ! Senang ! Lepas subuh setiap pagi , aku bersenam dalam 30-40 minit pastu bersiap untuk keluar ‘bekerja’ !

Niat aku bukan nak sado tapi nak kembali fit ! Segan kat bro bro luar sana yang seusia aku tapi masih maintain fitness mereka.. Dan azam tahun depan , nak cari sukan baru yang mencabar untuk aku ! Hehehe..

Dengan pembelian ni , aku dah melengkapkan mini gym aku ! Alhamdulillah.. Sokongan wife tu penting. ! Dia pun dah geleng kepala tengok perut aku.. Nak lagi best.. Qhaliff siap usap perut aku dan berkata..

“ Daddy , ada baby.. “

Apa lagi nak aku kata ????

You May Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah kalah membeli menang manfaatnya...sampai qhaliff dengan zahra dan adik...adik...adik...yang lain boleh manfaatkan juga..syukur..mudah bila ada mini gim di rumah..

    BalasPadam