Penangan jerebu !

by - Selasa, November 03, 2015

 

Setiap kali aku keluar rumah di subuh hari atau dalam jam 7 pagi , aku akan memandang ke langit.. Tarik nafas dalam dalam dan bersyukur.. Jerebu tiada lagi ! Terasa betapa nikmat kurniaNya ini nampak kecil tapi sebenarnya , terlalu besar ! UDARA.. hurmm..

Dalam minggu ni , aku memandu kereta setiap pagi dengan cermin tingkap dibuka. Terasa kedamaian dan nyaman sekali udara. Berbanding beberapa minggu sudah , aku terpaksa pakai topeng ! Geram betul aku !

image

Kalau tak mengenangkan aku kena hantar wife ke pejabat.. rasanya mau je aku lepak tepi jalan dan amik gambar matahari naik .. setiap detik tu , terpampang keindahan..

Yang pastinya, setiap pagi.. walaupun awan itu putih dan langit itu biru .. rupanya tetap berbeza.. corak yang terhasil amatlah indah dan mempesonakan !

Jika jerebu datang lagi.. aku pasti akan menyumpah seranah makluk yang tidak bertanggungjawab itu !

You May Also Like

11 comments

  1. sedihkan bila Allah dah ciptakan keindahahn yang telah dirosakkan oleh manusia sendiri...hurm..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..berkat kesabaran dan doa..jerebu sedikit demi sedikit pergi..menghilang..syukur..

    BalasPadam
  3. tu la..naik motor pun tak yah risau pasal jerawat hasil jerebu tu sekarang..lega jer rasa

    BalasPadam
  4. Keluar naik kereta bukak tingkap.. balik rumah.. aku off aircond jugak.. fuhh nyaman. Nampak orang bakar sampah, nak je g simbah dengan air cepat2. hehehe

    BalasPadam
  5. Selamat tinggal jerebu. ALhamdulillah malaysia masih aman.huhu

    BalasPadam
  6. Harap Allah jaga kita semua, dalam badan pun kena chekup entah jerebu dulu ada tinggal kesan buruk ke tak

    BalasPadam
  7. suh wife p kerja awal. hahahah. baru laa dapat amik moment matahari terbit ^.^

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah langit kembali cerah.

    Masa mula2 jerebu tu selalu terlupa tutup tingkap bilik.

    Pula tu tertidur. Bangun² kepala sakit, tekak perit.

    Cobaan, cobaan.

    BalasPadam