Ubah sebelum terlambat !

by - Khamis, Mei 29, 2025

Dulu , kalau aku sekeluarga ke pasaraya untuk membeli barangan dapur memanglah satu kenduri untuk anak anak. Ambillah apa yang ingin dimakan. Pastikan di dapur penuh makanan. Jangan ada yang berlapar ! Merdeka anak anak. 

Sampailah satu ketika.. Allah memberi 'peringatan' buat aku ! Sejak tu, aku sekeluarga berubah. Anak anak sendiri menjadi saksi dan mereka sendiri 'takut ' untuk hadapinya sekali lagi. Bayangkan jam 12 tengah malam , masing masing berada di tempat letak kereta hospital menanti ibu mereka keluar dari hospital dek kerana 'sakit perut' yang mana ianya merupakan petanda kepada sakit yang lebih teruk. 

Dan aku sendiri.. dalam tak sedar rupa rupanya dah pun sakit ! Gerd dan Anxiety ! Allahuakhbar. Ingatkan hari hari gi gym bersenam tu dah sihat dah. Salah benar tanggapan aku. Puncaya ? Pemakanan yang aku sajikan buat anak bini. 

Patutlah anak anak mudah jatuh sakit bila balik dari sekolah. Wife makin berisi termasuklah anak anak dan juga aku. Aduh..Perkara paling mudah aku meremeh. Pemakanan.. pemakanan dan pemakanan ! Part ni la paling gagal ramai nak ubah. Ketagihan sebenarnya. Bukan keperluan untuk makan sedap sedap ! Ikut nafsu. Sesekali ok la layan. Tapi kalau dah hari hari tu, ngarut sama sekali. 

Makanan sebelum kesedaran erti kesihatan ! 

Bila berubah , rupa rupanya kos membeli barang dapur  ni tak banyak mana pun. Dari 4 kali sehari membedal , turun ke 2 kali dengan makan makanan yang sihat dan berkhasiat, dah cukup pun. Dan pastikan tidur di awal waktu. Hasilnya cukup menakjubkan. 

Perubahan yang dilakukan akan menghasilkan keajaiban. Tak caya , korang cubalah buat untuk sebulan dua. Masa tu korang akan berkata.. 'Wow ! ' 


Memang akan ramai berkata kenapa anak anak makin kurus ? Tak cukup makan ke ? Part ni , tak perlu pun nak berbalah dengan mereka. Senyum sudahlah.. Yang penting , korang tau anak anak korang tu sihat sejahtera. Kalau mereka tanya tips dan cara , berkongsilah. Takda yang perlu dibanggakan pun. 

Dan ada yang kata.. bila dah masuk usia 40an , memang dah payah nak buat badan atau turunkan berat badan. Hee... tak pun sebenarnya. Kena belajar lagi part ni. Dan sesungguhnya , kalau dah tau mekanisma tubuh badan kita ni.. korang akan senang je untuk turun dan naikkan berat badan tu.

 
Dulu dan sekarang ! 

InshaAllah.. hasilnya berbaloi untuk sekeluarga. Jimat dan mengembirakan ! 


You May Also Like

2 comments

  1. kak mieja datang .. kagum sangat otai masih terus menulis

    BalasPadam
  2. hebatlah aben masih menulis....otai

    BalasPadam