Aku baru nak aktif TIK TOK !

by - Rabu, Jun 04, 2025


 
Niche.. 


Sesungguhnya aku bersyukur pada Allah. Kalau tak kerana akaun FB aku 'disekat' sementara , aku tak rasa aku buat live di TikTok. Takda perancangan sebenarnya. Tik Tok aku ni hanya sekadar untuk post video aku yang aku post di Facebook. Saja nak memeriahkan semua plaform media sosial yang aku ada.  Mana la tau kot kot aku memerlukan satu hari nanti. 

Ketika aku disekat , aku termenung sekejap. Kepala aku ligat mencari jalan keluar. Oh ya.. kenapa aku disekat ? Aku post satu screen shoot yang aku dapat di whatsapp. Pasal unta mana tah nak jadi anak ikan aku. Siap offer duit bagai nak ngorat aku. Kah kah kah.. Geli aih ! 

Tu namanya takdir. Satu pintu tertutup , Allah buka banyak lagi. Kita kena rajin mintak jer. Jangan terus mengalah dan patah semangat. Alhamdulillah , rakan rakan di Tik Tok masih ramai kenal aku sebagai blogger. Ok la.. aku pun tak nak dikenali sebagai TikToker atau influncer bagai. Blogger , ok. Hahahaha.. 

Hurm.. setakat ni aku cuma mampu online sejam sekali jalan. Aku tak leh duduk lama depan handphone tu. Rasa banyak masa terbuang gitu jer. Walaupun best dapat bertukar cerita dengan kawan kawan di Tik Tok tu tapi bagi aku , sejam atau lebih skit sejam memadai dah. Kalau lebih dari tu, aku rasa banyak kerja aku tergendala ! Hahahaha.. Rugi rugi ! 

Haa.. sejak aku mula buat live , follower dari 6k , dah cecah 10k. Sesungguhnya aku tak sangka pun nak dapat banyak tu. Maklumlah , aku takda apa apa aset atau cerita menarik untuk dikongsikan. Nak buat video gempak gempak pun, aku tak de masa. Video aku semua simple simple jer. Takda bunga bunga bagai tapi tu la.. kalau dah rezeki aku.. Alhamdulillah.

Dan... dan.. syukur pada Allah , ada syarikat berminat nak buat kolobrasi dengan aku ! Nak aku promote produk dia.. Huhuhu... Tunggu perbincangan selanjutnya.... InshaAllah. 

You May Also Like

1 comments