Tips kesihatan : Jangan simpan sampah orang dalam kepala kita !
Betullah kata orang , bila dah masuk usia 40an ni , barulah kita 'dewasa'. Rupa rupanya sebelum ni kita dalam proses pembelajaran mengenal erti kehidupan. Tu pun , ramai lagi yang di usia 40an ni masih belum sedar diri. Masih banyak lagi yang perlu dibelajar.. termasuk aku. Hehee.. Masih terlalu mentah dengan dunia ni.
Zaman sekarang ni , zaman yang penuh dengan masalah ! Hahaha.. kan ? Bangun je dari tidur , masalah dah ada. Contoh ? Sakit kepala ! Atau paling mudah.. kelaparan ! Tu masalah dari perut. Ada yang terus mencari makanan dulu sebelum nak mulakan aktiviti. Atau kembali baring dek kerana nak hilangkan dulu sakit kepala.
Bila keluar rumah.. masalah lain lak timbul. Kan ? Hahahaha.. Atau macam aku , tak keluar rumah tapi terpaksa tengok media sosial untuk memulakan tugasan harian. Baca mesaj yang dihantar secara peribadi. Antaranya nak berkenalan. Siap panggil daddy bagai. Tanya aku kat mana. Duh.... pening ! Pantang tengok lelaki elok skit terus nak digoda. Eh ? Hahaha..
Lantak laa.. ni la 'sampah-sampah' yang aku maksudkan. Tu belum lagi posting posting orang dan juga komen. Goshh... pening baca ! Skip ! Jangan sibuk nak gi membalas komen bagai. Biarkan mereka dengan labu labunya. Tak perlu nak gi usik telur diorang aih !
Kalau yang memandu ke tempat kerja.. lagi stress ! Nak kena hadap pengguna jalan raya yang rasa dia saja nak cepat atau dia saja yang betul ! Dia terpaling penting la kat pejabat dia maka dia kena sampai cepat. Hahahaa.. Kan ? Kalau dah rasa gitu pengurusan masa tu penting. Urus elok elok. InshaAllah , dipermudahkan.
Ambil contoh la.. aku semalam nak gi ke Kota Warisan , Sepang. Laluan aku , lancar. Laluan bertentangan , sedang terhenti dek kerana lampu merah. Jadi panjanglah barisan. Yang jenis tak sabar ni , motor ! Dia masuk laluan kita. Nasib baiklah aku perasan. Kalau aku tak perasan ? Mau bertembung. Sekor sekor celah masuk laluan kita. Eh ??? Sapa ajar korang bawak motor gitu ?? Kau je ke nak cepat ? Yang memandu kereta tu camana lak ?? Bila kita hon.. dia balas balik. Hanat punya perangai. Kalau pemandu kereta buat perangai macam tu, pandai pulak puak puak ni nak marah !
Tapi aku cuba cool. Bak kata tajuk tu la.. Jangan simpan sampah orang dalam kepala kita ! Lantak diorang la. Doakan yang baik baik agar yang baik juga datang pada kita.
Sidai baju pun ada orang berbunyi !
Kita kerja sendiri pun ada yang berbunyi ! Jenuh..
Amalkan gaya hidup sihat pun ada yang tak suka !
Ginilah kita , manusia. Ada je tak kena di mata orang lain. Sebenarnya , orang begini dia punya masalah besar. Dia nak lepaskan pada kita. Dia nak kita sama sama stress macam dia ! Hahaha.. Jadi , nasihat aku.. jangan layan. Maafkan dia . Lemparkan senyuman dan berlalu pergi. Tak perlu kita nak stress macam dia gak !
Tenangkan diri.. minum air halia dan layan yogurt greek ditambah cacao ! Fuh.... sedap !
0 comments